Isu Ustaz Don Diserang Wardina Safiyyah
Dipanjangkan tulisan bro bradokapak yg ditulis dlm facebooknya...apa pula pendapat anda?
Ustaz Don.
Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang Ustaz Don. Ada sahaja cakap-cakap buruk ditimbulkan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don. Terkini, Wardina Safiyyah kononnya menegur Ustaz Don dan menyeru para ulamak untuk menyemak semula apa yang Ustaz Don perkatakan.
Bagi saya, apa yang tersebar sekarang ini tidak lain adalah satu usaha menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don kerana beliausudah mula bercerita tentang akhir zaman. Ada satu facebook bernama Puteri Diyana, pada saya pemegang akaun facebook ini agak jahat orangnya kerana telah banyak kes dia cuba melaga-lagakan ilmuan Islam dalam negara kita. Dahulu ada kes berkenaan para Habaib, sekarang buat kes pasal Ustaz Don pula.
Pada saya, apa yang Ustaz Don sampaikan terutamanya tentang bani Tamim itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu. Walaupun terjemahan dan tafsiran mengenai Bani Tamimnya itu silap, tetapi Ustaz Don telahpun melangkah satu langkah kehadapan kerana berani tampil dikhalayak dan bercerita tentang akhir zaman dan kebangkitan Islam dari Nusantara. Masih ramai yang belum sedar walaupun sudah banyak peringatan yang diberi.
Lain-lain kesilapan Ustaz Don, pada saya tidak boleh dinilai dgn hanya menonton satu video kompilasi yang dibuat oleh akaun Puteri Diyana itu. Kerana itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab setelah mengedit dan mencampurkan banyak video menjadi satu yang mana ia akan melahirkan satu tanggapan negatif terhadap Ustaz Don.
Kepada yang telah terpengaruh... diharap dapat berlapang dada dan lihatlah kembali serta selidiki, SIAPA yang menyebarkannya dan SIAPA yang cuba menegurnya?? Kalau bukan ilmuwan, itu adalah satu usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan harus dijauhi.
Sekian pesanan saya.....
Pesanan ini ditulis setelah banyak inbox dihantar kpd sy. InsyaALLAH akan bertemu Ustaz Don sekitar 2 minggu lagi.
Salam....
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
1 comments:
yang ini lan tak berapa nak reti nak komen sebab ilmu didada nie pun rasanya tak cukup lagi nak komen..hehehe...menabung libresse sini..
Regards.
-Strider-
Post a Comment