Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kerana Jatuh Hati Pandang Pertama - Lelaki Tampal Notis Di Bus Stop

Kerana Jatuh Hati Pandang Pertama - Lelaki Tampal Notis Di Bus Stop




BAGAI dalam drama pula tatkala melihat gambar ‘notis’ yang dikongsikan oleh laman Facebook ‘The Real Singapore’ ini.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘JS’ telah menampal sekeping notis khas untuk gadis yang ditemuinya di perhentian bas pada 12 April lalu.

Katanya, dia melihat gadis itu sewaktu sama-sama menaiki bas bernombor 74 sebelum kedua-dua mereka turun di perhentian bas yang sama untuk menaiki bas lain.

Gadis berambut pendek itu dikatakan menyerupai salah seorang rakan sekolah rendah dan menengahnya.

Bagaimanapun, sebelum dia sempat bertanya, sebuah bas tiba dan gadis itu terus menaiki bas tersebut.

Justeru, dia berharap agar gadis itu akan muncul kembali di perhentian bas yang sama pada 19 April bersamaan hari Sabtu ini.

Kerana Jatuh Hati Pandang Pertama - Lelaki Tampal Notis Di Bus Stop


Memang bersungguh-sungguh usaha JS untuk menemui gadis tersebut.

Kami harap semoga penantiannya akan terjawab pada nanti.

Kalau benar gadis itu tidak mengenalinya, mungkin mereka boleh menghulurkan salam perkenalan dan membina persahabatan baru, tak gitu? - MYNEWSHUB.MY


1 comments:

Hahaha alahai sweetnyaaaaaaaaaaa niii hihihi.
Thanks share kak ida. Betul lah tu hihi, harap dia boleh lah jumpa sukahati dia lah hihi. Bersungguh kannn~

16 April 2014 at 12:39 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ