11 Perkara Elak Anak Degil




Pertama kita perlu tahu apakah yang dinamakan degil. Degil ialah bila seseorang itu tidak mahu melakukan apa yang kita minta dia lakukan atau membuat apa yang kita tidak mahu dia lakukan.

Kenapakah ini berlaku? Ini adalah kerana kedua-dua pihak mempunyai gambaran yang berlainan mengenai perkara yang menjadi isu.

Sehinggalah gambaran di minda itu boleh menjadi sama atau hampir sama, maka degil boleh berlaku lagi.

Persoalannya, bagaimana hendak menyamakan gambar di minda itu?

Jawapannya ialah mempengaruhi. Bagaimana pula hendak mempengaruhi? Jawapannya, membina perhubungan rapat atau rapport. Apabila ada perhubungan rapat, apa pun mudah diterima.

Dalam NLP kata-kata ini sering dinyatakan; “Resistance is an indication of a lack of rapport" (Tak mendengar kata, degil, adalah petunjuk bahawa kurangnya hubungan rapat.)

Bila anda sudah faham ini, maka anda boleh memikirkan apakah yang menjadikan hubungan rapat 'rapport' dengan anak anda terjejas?

Sila beri perhatian terhadap 11 perkara di bawah:

1)- Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dapat adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yang memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi 'Closed Heart'. ini banyak berlaku kepada remaja.

2)- Bergaduh suami isteri di hadapan anak, sehinggakan anak tidak nampak contoh teladan yang baik dari anda.

3)- Mungkir janji dan tidak benar-benar meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.

4)- Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.

5)- Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.

6)- Terlampau mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan. Janganlah menjadi ibu bapa yang lemah dan membiakan sahaja anak-anak memanjat kepala, tetapi tidak perlu juga untuk garang dan keras. Pegang teraju kepimpinan anda. Jadilah pengasih dan tegas.

7)-Tidak mempunyai ilmu dan skil berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kepada anak lalu anak tidak mengikut kata. Apabila tiada skil dan ilmu, maka ibu bapa menggunakan arah dan perintah. Ini menjadikan anak menjadi bertambah degil. Sedarilah ibu bapa kepimpinan di dalam korporat pun sudah berubah. Bos-bos yang asyik memerintah dan mengarah dibenci oleh anak buah. Corak kepimpinan sudah berubah.

8)- Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa. Jagalah mulut dan lidah. Jangan mudah mengeluarkan kata-kata kesat yang menjadi doa yang terlafaz.

9)- Anak tidak dididik untuk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adalah dengan kasar dan bukan dengan penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab hormat adalah sesuatu yang diberi bukan boleh dipaksa.

10)- Anak tidak dididik dengan agama. Bila tiada agama, tiadalah tiang untuk berpaut. Nilai murni pun akan mengikut apa yang sempat sahaja.

11)- Elakkan menggunakan bahasa yang anak tidak faham. Gunalah bahasa yang mudah mereka fahami. Bila berkomunikasi dengan anak, janganlah hendak menunjuk anda hebat. Tunjukan bahawa bila dia melakukan saranan baik anda kehebatannya akan lebih meningkat.

Ingatlah kuncinya, ialah hubungan rapat. Apabila anda membina hubungan anda dengan anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.

Sedarilah kepentingan membina perhubungan kebal dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga terkawal. Bila keluarga sejahtera, rezeki membuak-buak datangnya.






1 comments:

Perkongsian menarik. Gambar tu sangat kelakar. Hehe

22 April 2014 at 23:00 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ