Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Obama Jumpa BERSIH, SUHAKAM dan Majlis Peguam

Obama Jumpa BERSIH, SUHAKAM dan Majlis Peguam


Setelah membaca bermacam-macam episod demi episod tentang kedatangan Obama ke Malaysia - rujuk di sini  cuba fikirkan yang ini pula....



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama akan bertemu dengan pemimpin masyarakat sivil Malaysia, termasuk BERSIH, sempena lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini.

Malaysiakini difahamkan, turut diundang NGO hak wanita Sisters in Islam (SIS) dan Empower, kumpulan hak pekerja Tenaganita serta NGO Islamic Renaissance Front (IRF)

Wakil sebuah NGO memberitahu Malaysia, kira-kira 10 orang diundang oleh kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk pertemuan yang masa dan tempatnya masih belum dinyatakan itu.

“Kami tidak minta tapi kami gembira dengan undangan ini.

"Ia menunjukkan pengiktirafan presiden AS akan keperluan melibatkan diri dengan masyarakat sivil di Malaysia,” kata wakil itu yang enggan namanya disebut.

Turut diundang sama wakil Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Obama menjadi presiden pertama AS akan melawat Malaysia selepas lawatan terakhir Lyndon B Johnson hampir 50 tahun lalu.

Sumber: Malaysiakini

------------------------------------------

Dengan terpublishnya berita terbaru ini.......

Terus terang saya katakan, TIDAK mustahil kelak akan terjadinya kebangkitan Islam yang palsu dari negara kita.

http://dramaraja.blogspot.com/2014/04/obama-jumpa-bersih-suhakam-dan-majlis.html

Seperti yang pernah saya sentuh satu masa dahulu dalam artikel bertajuk "Pengakhiran Episod Pertama", Majlis Peguam merupakan satu entiti yang ada kuasa untuk menembak perlembagaan dalam negara kita.

Sekiranya ada tangan ghaib yang bijak memanipulasi Majlis Peguam serta NGO yang bersuara atas dasar kononnya membela sivil rakyat, maka sudahpasti legislatif dan instuisi Beraja boleh digoyahkan.

Sultan Mizan, kami perlukan anda untuk meneruskan kelansungan terdahulu.......! Jangan sampai gagal usaha membawa khazanah itu ke sini. Jangan sampai Institusi Beraja digugat. Yang pasti, Johor akan menjadi isu untuk dipermainkan kelak....

Nantikan dramanya.... tak lama lagi akan mula dipentaskan. Seperti yang pernah saya kumandangkan sebelum ini.

Wal Iyazu Billah !

Moga kita diselamatkan daripada fitnah akhir zaman yang Maha Dahsyat itu nanti !



-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.


Baca juga di sini

Obomba Selamat Datang Ke Tanah Melayu










0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ