Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tian Chua, Rafizi Ulang UGUT Jatuhkan Najib Jika Anwar Dipenjara




Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang atau Tian Chua mengulangi ugutannya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika bos beliau, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekali lagi.

“Pada 14 April lalu, saya ditahan polis dan telefon bimbit saya dirampas kerana kononnya saya terlibat dalam aktiviti menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri.

“Saya ingin ulangi pendirian saya sekali lagi…saya yakin majoriti rakyat akan bersama saya.

“Kalau berani perdana menteri Najib penjarakan Anwar, kita akan bangkit, jatuhkan Najib,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, pada Ahad malam, seperti dilaporkan portal berita pro-pembangkang The Malaysian Insider.

Pada Mac lalu, Tian Chua membuat ugutan yang sama apabila menulis di akaun Twitter beliau @tianchua menyatakan Najib akan digulingkan dalam tempoh lima bulan.

Sebelum itu, pada 7 Mac, Tian Chua juga melaungkan kenyataan yang sama untuk menggulingkan Najib dalam masa lima bulan di hadapan lobi Kompleks Istana Keadilan, Putrajaya, ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar apabila didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful ukhari Azlan. (Rujuk video)

Susulan daripada tulisan di akaun Twitter beliau itu, polis yang memperolehi waran geledah telah merampas kamputer tablet dan telefon bimbit miliknya ketika beliau berada di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Dalam ucapannya semalam juga, Tian Chua cuba membangkitkan semangat hadirin untuk melakukan demonstrasi ala reformasi 1998 pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri.

“Kita pernah menunjukkan rekod kita…saya disumbat di dalam di Kamunting (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) selama dua tahun, tetapi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, kekerasan dan penindasan tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

“Dengan kebangkitan rakyat ini, Dr Mahathir juga tumbang dan inilah hakikat yang kita ingin ingati…kita akan pertahan dan bangkitkan untuk jatuhkan Najib kalau berani penjarakan Anwar,” Tian Chua mengulangi hasutannya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menggesa agar himpunan menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini dijadikan medan gelombang kebangkitan penentangan anak muda.

“Amaran saya kepada Najib dan Mahathir kalau kamu berani penjarakan Anwar sekali lagi, percayalah cakap saya bukan seratus, bukan seribu, berpuluh-puluh ribu anak muda akan lawan sampai UMNO tumbang.

“Bersiap sedia tunggu arahan, 1 Mei kita jumpa di jalan raya.

“Bila-bila masa, mereka berani penjarakan Anwar, kita turun ramai-ramai tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Insya Allah,” kata Rafizi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan awal bulan ini, Pakatan Rakyat (PR) akan turut serta dalam himpunan membantah GST 1 Mei ini dan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

“Himpunan ini akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka,” kata Mohamad Sabu.-bnbbc.m



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ