Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kubur Jenazah Wanita Bercahaya, Ini Respon Mufti Perak

Kubur Jenazah Wanita Bercahaya, Ini Respon Mufti Perak



Beberapa keping gambar kuburan jenazah wanita didakwa bercahaya (klik sini) yang tersebar semalam mendapat reaksi pelbagai pihak. Melalui akhbar Harian Metro, Mufti Perak Tan Sri Harussani turut memberikan pendapat mengenai kejadian itu.

“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,”

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Kubur Jenazah Wanita Bercahaya, Ini Respon Mufti Perak


Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.



Baca juga di sini




2 comments:

Jangan 'percaya perkara-perkara ini. Jika kubur itu akan diterangi untuk memerhatikan dikir maka kubur nabi kita adalah yang paling berhak untuk diterangi. Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai apa-apa keterangan dalam Sahih hadis bahawa kedua nabi tercinta mahupun kubur sahabatnya yang pernah diterangi! Jika anda orang tercinta perkara pencahayaan palsu ini maka anda pasti melemahkan gred nabi yang kita cintai ini dan sahabat-sahabatnya. Jadi, ia tidak diuntukkan bagi Mumin untuk beriman kepada ini jenis tipu helah!

27 April 2014 at 02:37 comment-delete

Semuanya hanya dengan izin Allah..andai benar..alhamdulillah..

14 May 2014 at 21:53 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ