Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lawatan Obama: Kesal Tiada Slot Untuk Anwar

Lawatan Obama: Kesal Tiada Slot Untuk Anwar



PETALING JAYA -22/4/2014:  PKR kesal apabila lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia pada Sabtu ini tidak mempertemukan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausahanya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai sebuah negara yang menjuarai dan mempromosikan amalan demokrasi, kebebasan dan keadilan, Obama sepatutnya prihatin terhadap keperluan pertemuan tersebut.

"AS maklum pada PRU lepas, kerajaan BN membentuk kerajaan hanya melalui undi popular 47 peratus, PR pula perolehi 52 peratus undi popular.

"Ia sudah tentu memberikan satu perhatian pentadbiran Obama bahawa sokongan rakyat Malaysia kepada PR," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut lawatan Obama ke Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina pada akhir bulan ini dan dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala serta serantau.

Antara isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan antara Presiden Amerika itu dengan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.

Ini adalah lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan bekas Presiden Lyndon Johnson pada 1966.

Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, pertemuan itu digesa dilakukan bukan bertujuan mahu melibatkan Obama campur tangan dalam pentadbiran negara ini sebaliknya menghormati amalan demokrasi. - Sinar


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ