Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SAYA SEDIA BERUNDUR - TMJ

                       Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) ekoran pelbagai kenyataan berbaur ugutan oleh penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang enggan menonton perlawanan dipercayai ada kaitan dengan isu-isu terkini membabitkan pasukan tersebut.

"Kepada anda yang begitu mudah sangat mengugut untuk mengosongkan stadium, apa yang anda katakan telah menunjukkan kepada saya bahawa anda jelas kurang keyakinan dengan pentadbiran saya selaku Presiden PBNJ.

"Maka dengan itu, saya tidak teragak-agak untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada mana-mana individu yang anda fikirkan layak," katanya dalam satu kenyataan yang diposkan di dalam laman sosial, Facebook rasmi pasukan JDT dan JDT II, semalam.

Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail turut menyeru penyokong supaya bersyukur dengan skuad bola sepak yang telah dibentuk sekarang termasuk barisan pemain, jurulatih dan penaja pasukan yang membuatkan mereka mampu bersaing.

"Perlu juga dilihat dari sudut yang positif dan usah hanya memandang kepada yang negatif. Lakaran tiga kemenangan berturut-turut telah memberi nafas baharu untuk kita terus bersaing.

"Kita juga harus menjadi contoh sebagai sebuah persatuan bola sepak yang profesional di Malaysia khusus­nya," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata, keputusan menukar Baihakki Khaizan dan Pablo Aimar merupakan cadangan beliau dan Cesar Ferrando Jimenez.

Jimenez semasa masih bersama JDT mencadangkan pasukan memerlukan pemain yang mempunyai fizikal lebih besar dan kuat serta berpengalaman luas di peringkat antarabangsa supaya dapat bersaing dengan penyerang import pihak lawan.

Menurutnya, Baihakki merupakan pemain pertahanan yang bagus, namun untuk bersaing dengan penyerang import lawan JDT memerlukan pemain yang berpengalaman luas, manakala Aimar masih belum pulih sepenuhnya.

"Disebabkan keadaan Aimar itu, dia tidak dapat memberikan persembahan 100 peratus di atas padang dan selepas beraksi dalam dua perlawanan, kita terpaksa rehatkannya untuk enam perlawanan berikutnya.

"Dengan jumlah pelaburan yang tinggi, kita tidak bernasib baik pada masa ini apabila hanya mampu menggunakan seorang pemain import antarabangsa serta seorang import ASEAN dan amat merugikan pasukan," katanya.

Tunku Ismail turut mengulas tentang percaturan PBNJ yang sering menukar ganti pemain termasuk pelantikan Bojan Hodak menyertai skuad Harimau Selatan.

"Pihak pengurusan harus menghormati permintaan pihak jurulatih sebagai contoh, jika jurulatih perlukan penyerang yang baharu, kita harus berusaha mendapatkan sama ada pemain pertahanan, tengah atau penyerang.

"Bojan pula dilantik berdasarkan rekod pencapaiannya yang pernah memenangi empat kejuaraan serta berpengalaman luas dalam Liga Malaysia di samping amat mengenali kekuatan pemain dan pasukan tempatan," katanya.

Tegasnya, Jimenez pula masih bersama PBNJ selaku Pengarah Taktikal dan akan terus membantu Hodak selain akan terus membimbing pemain muda dalam pasukan JDT II dan Piala Presiden. Utusan





2 comments:

uiks...ini pelik mengapa penyokong johor nak boikot TMJ sedangkan dia membawa revolusi kepada pasukan bola sepak johor..saya sebagai penyokong selandor pun respect kepada TMJ atas apa yang dilakukan kepada pasukan JDT....

Regards.
-Strider-

21 April 2014 at 15:03 comment-delete

Ermm... no komen pasal bola nie... hehehe...

21 April 2014 at 18:30 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ