BAHAYA MENDENGARKAN MUZIK SEWAKTU TIDUR!!!
Kebiasaan tidur sambil mendengarkan muzik, atau menonton televisyen sampai tertidur, atau membiarkan lampu di ruangan menyala terang, memang sukar untuk di halang dan menurut sebahagian orang keadaan seperti itu membuat mereka menjadi lebih cepat tertidur.
Kalau anda nak tau kenyataannya setelah terbangun anda akan merasa lebih tegang (stress). Bahkan ada yang merasa seperti tidak tidur semalaman. Senang kata tidur tak puas la.
Ketahui lagi apa yang terfakta sewaktu kita tidur
Terfakta: Sewaktu kita tidur sebenarnye kalau anda nak tau otak tidak pernah tidur. Otak selalu menjalankan aktivitinya walaupun tidak sesibuk seperti waktu kita berjaga, iaitu menjalankan sistem metabolisme tubuh.
Pada malam hari, seiring menurunnya aktiviti tubuh, rentak gelombang otak pun mengalami penurunan.
Namun apabila kita tidur sambil mendengarkan muzik, televisyen dalam keadaan hidup atau lampu sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap diterima oleh pancaindera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata .
Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehatakan kembali terangsang untuk bekerja dan mengubah informasi yang masuk.
Apabila hal ini berlangsung sepanjang malam, bermakana kita hanya tidur menurut tubuh luar, tetapi tidak menurut otak.
Otak akan terus bekerja mengolah informasi yang masuk tersebut. Jadi jangan biarkan otak Anda keletihan kerana harus tetap bekerja pada malam hari, sedangkan di siang hari otak jugak akan digunakan sepenuhnya melakukan kerja seharian.
#Tahu tak Penelitian Ohio State University membuat pembongkaran dimana, tidur dengan lampu menyala akan membuat perasaan tidak tenang atau resah sewaktu dari bangun tidur.....selamat malam bagi yang nak tidur tu..tutup lampu dan jimatkan elektrik.
Sumber: kutukandewata.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment