Misteri MH370 : Selepas 1 Billion Pertama! (Episod ke-10)
Dari episod 9
Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9)
"Kebenaran adalah racun!"- slogan dalam kalangan saintis yang terlibat dengan projek rahsia berprofile tinggi milik kerajaan AS - kata-kata yang sering mereka gunakan bagi menggambarkan eksprestasi perasaan saat berjaya menghasilkan projek yang diklasifikasikan sebagai rahsia besar. Mereka bukan sahaja dibayar dengan harga yang sangat tinggi - tetapi pada masa yang - mereka juga tahu "hasil" kajian itu akan digunakan untuk tujuan yang salah oleh pihak pemerintah - maka "kebenaran ilmu" yang dimiliki mereka, akhirnya dijadikan racun untuk membunuh orang lain. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui, hampir semua projek rahsia milik angkatan tentera AS sebenarnya telah dibiayai oleh individu yang tidak dikenali. Pada tahun 1983, Senator terkenal Arizona, Barry Goldwater Moris yang menjaga hal ehwal dasar pertahanan AS di Senat, cuba membongkar misteri “Projek Rainbow" yang sangat terkenal dengan panggilan "Philadelphia Experiment" - satu projek percubaan Tentera Laut AS untuk menghilangkan kapal-kapal perang daripada penglihatan mata kasar. Goldwater melakukan penyiasatan dan audit kewangan, malangnya beliau tidak menemui apa-apa bukti bahawa kerajaan AS menggunakan dana awam bagi membiayai projek-projek rahsia mereka.
Goldwater adalah senator yang sangat mempercayai kisah UFO dan percaya bahawa kerajaan AS telah menyembunyikan sesuatu tentangnya. Pada satu ketika, beliau pernah cuba untuk menyiasat dakwaan yang menyatakan, pihak tentera udara AS terlibat dalam menyembunyikan bukti kewujudan UFO di dalam sebuah bilik rahsia dipanggil "Blue Room" di pangkalan tentera udara AS di Wright-Patterson Air Force Base, Ohio. Goldwater berulangkali memohon kebenaran untuk menyiasat hal tersebut daripada Jeneral Angkatan Tentera Udara AS, Curtis LeMay, individu yang bertanggungjawab melaksanakan misi pengeboman besar-besaran ke atas bandar-bandar besar di Jepun, sewaktu Perang Dunia ke-2 - namun, usaha beliau ditolak mentah-mentah oleh Curtis LeMay dengan mendakwa itu diklasifikasikan sebagai "rahsia besar" sambil menyatakan dengan nada marah kepada Goldwater, "Bukan sahaja anda tidak dibenarkan masuk, tetapi anda juga tidak dibenarkan bertanya lagi soal itu kepada saya!"
Pada musim gugur 1943 - tanpa pengetahuan banyak pihak, percubaan untuk menghilangkan kapal perang USS Eldridge Destroyer Escort 173 milik AS yang yang sedang berlabuh di Philadelphia telah dilakukan. Eksperimen ini tidak lain adalah bertujuan menciptakan sebuah medan tenaga yang dapat membuat kapal tersebut hilang atau "diselimuti" daripada "pandangan manusia" khusus bagi menghadapi Perang Dunia yang semakin meruncing. Ia hampir berjaya menghilangkan kapal tersebut - namun demikian, kesan ganjil telah dirasai oleh anak-anak kapal yang tidak mengetahui apakah yang sebenarnya yang sedang berlaku. Ada dalam kalangan mereka yang muntah, yang berubah posisinya secara ajaib, ada juga yang tubuh badannya bersatu dengan dinding kapal, dan ada juga yang mengalami sindrom pening yang menyakitkan. Pada tanggal 28 Oktober 1943, eksperimen lanjutan dilakukan kembali ke atas USS Eldridge. Dan percubaan kali kedua ini membuahkan hasil. Kapal itu dikatakan lenyap selama 4 jam sebelum akhirnya muncul kembali di tempat asalnya. Beberapa saksi dikatakan telah melihat kapal tersebut berada di pelabuhan Norfolk, Virginia yang jaraknya lebih daripada 320km dari Philadelphia pada hari yang sama.
Morris K.Jessup
Cerita aneh ini - diklasifikasikan oleh para "penyokong cerita imaginasi" dan "tukang kempen menutup kebenaran" sebagai cerita novel sains fiksyen yang tidak masuk akal dan sengaja direka-reka oleh pelapor asalnya, Carl Meredith Allen seorang bekas kakitangan pasukan marin AS yang juga peminat teori-teori elektrik dan magnetism. Beliau tinggal di New Kensington, Pennsylvania, dan dikatakan mempunyai sejarah penyakit psikiatri, serta mungkin telah memalsukan sejarah utama eksperimen tersebut dengan menggunakan nama samaran "Carlos Miguel Allende", malah menjadikan penulis terkenal kisah UFO, Morris K.Jessup yang juga merupakan seorang profesor astronomi dan matematik di Universiti Michigan sebagai mangsa "secara tidak langsung" kepada kisah misteri eksperimen ini.
Dalam isu UFO, Jessup berpendapat, kemunculan dan kehilangan UFO dengan sepantas kilat adalah disebabkan kepandaian mereka menggunakan tenaga magnetik. Jessup turut mengkaji "Teori Gabungan Medan", (Unified Field Theory) yang dicetus oleh Albert Einstein, saintis yang terkenal dengan teori relativiti. Menurut Jessup, teori tersebut boleh membantu menerangkan secara saintitik bagaimana sesebuah UFO boleh muncul dan ghaib dalam sekelip mata.
Allen pernah berutus surat kepada Jessup bagi menceritakan pengalaman peribadinya berkenaan eksperimen Philadelphia, dan dia mengaku menyaksikan sendiri bagaimana tentera laut AS menghilang dan memunculkan semula kapal USS Eldridge sewaktu dia sedang berkhidmat di atas kapal SS Andrew Furuseth yang secara kebetulan sedang berlabuh berhampiran USS Eldridge. Allen dapat melihat dengan jelas segala kejadian yang sedang berlaku, termasuk perkara-perkara aneh yang terjadi ke atas anak-anak kapal Eldridge. Jessup menyakini bahawa kisah ini adalah satu pembohongan apabila beliau meminta agar Allen mengemukakan bukti kesaksiannya-namun gagal dipenuhi Allen.
Akhirnya, Jessup membuat keputusan untuk memutuskan terus hubungannya dengan Allen. Walaupun tidak dipercaya oleh Jessup, Allen tetap meneruskan niatnya untuk menyebarkan kisah itu. Lantas, dia menggunakan buku terkenal Jessup berjudul "The Case for the UFO" sebagai medium untuk menyebarkan kisah eksperimen tersebut. Allen membuat catatan-catatan kaki kisah tersebut pada beberapa helaian di dalam buku Jessup dan mengkaitkannya dengan eksperimen angkatan laut yang kononnya dilakukan di Philadelphia. Ia mencetak buku yang telah diberi catatan kakinya itu sebanyak 100 naskah dan buku inilah yang salah satunya telah jatuh ke tangan angkatan laut AS. Maka daripada situlah plot misteri "Philadelphia Experiment" mula berkembang.
Pada tahun 1957 - Jessup secara peribadi telah diundang untuk bertemu dengan seorang pegawai kanan di US Navy's Office of Naval Research (ONR - Jabatan Penyelidikan Sains dan Teknologi Tentera Laut AS), Washington DC, dalam pertemuan tersebut, pegawai itu meminta penjelasan daripada Jessup berhubung catatan-catatan kaki yang menjurus kepada Eksperimen Philadelphia yang tertera di dalam buku beliau itu - apakah beliau mempunyai idea siapakah yang telah menulis dan mengeposkannya ke pejabat ONR? Menurut Jessup tiada individu lain yang disyaki selain daripada Allen yang pernah berutus surat dengannya dua tahun yang lepas. Persamaan bentuk tulisan tangan yang terkandung di dalam surat-surat yang dikirimkan Allen kepada Jessup, dengan tulisan catatan-catatan kaki yang tertera di dalam buku The Case for the UFO, mengukuhkan lagi hujah bahawa Allen merupakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan kisah misteri yang menyelubungi Eksperimen Philadelphia.
Beberapa tahun selepas peristiwa tersebut - Jessup menghadapai pelbagai masalah termasuk beberapa syarikat penerbit tidak mahu lagi menerbitkan buku-buku tulisan beliau, malah beliau juga menghadapi krisis rumah tangga sehingga berlaku perceraian. Jessup berkelana ke New York mencari ketenangan dan kemudian pulang semula ke Florida. Tidak beberapa lama selepas kepulangan itu, Jessup terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau mengalami kecerderaan yang serius. Pada 19 April, 1959, Jessup dihubungi Dr Manson Valentine, seorang pegawai kurator di Muzium Sains Miami yang sangat berminat mengkaji hal-ehwal dunia misteri. Beliau telah mengatur perjumpaannya dengan Jessup pada hari berikutnya, dan mendakwa beliau telah membuat satu penemuan mengenai mengenai Eksperimen Philadelphia. Walau bagaimanapun, keesokan harinya - 20 April, 1959, Jessup ditemui mati di Dade County, Florida. Beliau dilaporkan membunuh diri dengan cara menguncikan diri di dalam kereta dan kemudian mengalirkan karbon monoksida yang banyak ke dalamnya. Kematian Jessup masih misteri, kerana sehingga kini mayatnya tidak pernah dilakukan otopsi bagi mencari punca kematian beliau.
Bagi mereka yang percaya - MH370 adalah "misteri" yang tidak terungkai - kisah Eksperimen Philadelphia merupakan hujah asas kepada plot yang menyebabkan kehilangan pesawat tersebut. Keshahihan kisah eksperimen ini bukanlah pokok perdebatan, sebaliknya ia adalah bukti paling nyata bahawa sejak tahun 1930-an, AS sangat memberi perhatian yang besar kepada teknologi halimunan - dalam erti yang sebenar halimunan bukanlah bererti "tidak kelihatan secara fizikal" sebaliknya ia lebih kepada teknologi kalis rada yang mana menyebabkan kapal dan pesawat AS tidak dapat "dilihat" di skrin rada. Hal ini merupakan satu "rantaian" eksperimen bagi membuktikan kebenaran beberapa teori fizik misteri yang dikatakan masih tidak terjawab secara tuntas. Khususnya berkenaan teori "Unified Field Theory" (UFT -Teori Medan Bersepadu/Teori Gabungan Medan) yang dikaji secara mendalam oleh Albert Einstein.
UFT atau nama lainnya dipanggil sebagai - "Teori untuk Segala-galanya", adalah cubaan mengikat bersama-sama semua fenomena yang dikenali untuk menjelaskan sifat dan tingkah laku semua perkara dan kuasa yang wujud. Dalam fizik, "bidang/medan" merujuk kepada kawasan di bawah pengaruh beberapa kuasa, seperti graviti atau elektrik. Teori Medan Bersepadu "mendamaikan" aspek yang seolah-olah tidak serasi dalam pelbagai teori bidang untuk mewujudkan satu set "tunggal" yang menyeluruh. Seperti teori yang berpotensi membuka semua rahsia alam dan membuat pelbagai keajaiban mungkin berlaku, termasuk faedah seperti perjalanan masa, hilang daripada pandangan mata kasar dan bekalan sumber tenaga yag tidak habis-habis. Menurut Michio Katu, seorang ahli teori fizik di City College, City University of New York, mereka sebenarnya cuba untuk mencapai teori medan bersepadu yang membolehkan kita seolah-olah membaca fikiran Tuhan. UFT cuba menyatukan dua bidang iaitu teori umum relativiti (graviti) dengan elektromagnetisme. Namun demikian, sehingga kini graviti masih gagal menempatkan dirinya dalam kesimpulan akhir "Teori untuk Segala-galanya"
Dalam Eksperimen Philadelphia - fakta yang sahih adalah ia merupakan projek yang tersasar daripada matlamat asalnya. Mereka mahu kapal tidak dapat dikesan oleh rada musuh, bagi mencapai hasrat ini, mereka mengambil risiko dengan menyakini bahawa Teori Medan Bersepadu boleh dibuktikan melalui eksperimen. Lantas, mereka membungkus satu "botol besar" elektromagnet di sekitar kapal Eldrige untuk menyerap atau memesongkan gelombang radar. Botol tersebut telah dicipta oleh dua atau empat orang. Tesla gegelung besar (unit SI ketumpatan fluks magnet, iaitu satu weber fluks magnet permeter persegi, satu tesla bersamaan dengan 104 gauss atau 104 gammes) yang bertindak sebagai penjana elektromagnet telah dipasang di hadapan dan di belakang kapal. Beberapa siri penjana magnet, yang dipanggil degaussers telah digunakan. Apabila diaktif, medan elektromagnet akan memanjang keluar dari kapal dan mengalihkan gelombang radar di sekitar kapal, menjadikan Eldridge tidak kelihatan kepada penerima radar.
Apabila ujian sebenar telah dimasukkan ke dalam gerakan, beberapa kesan sampingan yang tidak dijangka dan pelik telah berlaku. Apabila kekuatan medan elektromagnet meningkat, ia mula berkembang sejauh 100 kilometer dari kapal dalam semua arah dan membentuk sfera besar. Dalam saat ini, kapal tersebut menjadi kabur dan kurang jelas, manakala jerebu kehijauan terbentuk di sekitar kapal, sekali gus menutupi ia daripada pandangan. Akhirnya, yang dapat dilihat hanyalah garis besar badan kapal Eldridge yang meninggalkan kesan di atas permukaan air. Dan seluruh tubuh badan kapal lenyap daripada pandangan.Pada ketika itu, kuasa medan elektromagnet yang telah wujud telah diturunkan. Dan saksi-saksi dapat melihat, bukan Eldridge sahaja hilang dari pandangan mata di Philadelphia, bahkan ia telah hilang dari Philadelphia bersama-sama dengan anak kapalnya sekali, ia bergerak dari Philadelphia ke Norfolk, Virginia dengan kepantasan yang menakjubkan. Selepas beberapa minit, kapal itu sekali lagi hilang, muncul kembali di Philadelphia. Namun demikian, kesan yang berlaku ke atas semua anak kapal Eldrige sangat menggerunkan, ada dalam kalangan mereka yang ghaib tanpa dapat di kesan, ada pula yang menjadi gila, ada juga yang tubuhnya melekat pada dinding kapal dan ada juga yang menjadi halimunan selepas pulang ke rumah masing-masing. Akhir, Projek Rainbow tersebut dihentikan, semua anak kapal yang masih hidup ditempatkan di rumah sakit jiwa dan eksperimen ini ditutup serta merta. Namun demikian, sains tidak pernah berhenti di situ. Akan muncul saintis yang sanggup mencari "kebenaran baharu" dengan bayaran yang tinggi dan akan muncul juga "pembiaya baharu" bagi menjadikan ia "racun" kepada manusia. Projek Rainbow mungkin sahaja telah dibubarkan, tetapi, Projek Phoenix baru sahaja bermula.
MH370 tidak hilang dengan sengaja - ia membawa mesej misteri bahawa sesuatu teknologi baharu mungkin telah wujud, "mereka" telah merahsiakannya, untuk tujuan eksperimen atau, mungkin juga sedang bergembira dengan penemuan baharu.
Ikuti sambungan kisah ini dalam episod ke-11 berjudul, Misteri MH370: Bunga-Bunga Larangan.
Baca juga di sini
Misteri MH370 : Munculnya Tanduk Syaitan (Episod ke-3)
Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah (Episod ke-4)
Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi (Episod ke-5)
Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus! (Episod ke-6)
Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah (Episod ke-4)
Misteri MH370 : Ronin Lautan Hindi (Episod ke-5)
Misteri MH370 : Ramalan Terakhir Nostradamus! (Episod ke-6)
Misteri MH370 : Permainan Mungkar! (Episod 9)
0 comments:
Post a Comment