Perkhidmatan Ibu Tumpang Atau Sewa Rahim Di India
ISTILAH ibu tumpang bermaksud menumpang rahim seseorang wanita yang berkeupayaan untuk hamil secara sukarela atau dibayar dengan sejumlah kadar yang tertentu.
Proses ini dilakukan dengan memindahkan benih wanita (ovum) yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (sperma) yang mana kebiasaannya suami isteri seterusnya janin tersebut dikandung oleh ibu tumpang itu sehingga dilahirkan.
Kemudian apabila dilahirkan bayi itu akan diserahkan semula kepada pasangan suami isteri itu.
Secara amnya proses ini berlaku kerana seseorang wanita itu tidak mempunyai harapan untuk mengandung secara biasa kerana ditimpa penyakit atau kecacatan pada rahim mereka yang menghalangnya untuk mengandung dan melahirkan anak ataupun bagi wanita yang ingin memiliki anak tetapi telah putus haid (menopause).
Di negara miskin seperti India, ramai wanitanya meminjamkan rahim mereka kepada pasangan Barat yang tidak mampu mempunyai anak mereka sendiri ataupun yang tak mahu mengandungkan anak mereka sendiri akibat pilihan peribadi.
Setiap ibu tumpang diletakkan di dalam asrama khas selama tempoh mengandung berjauhan dari keluarga mereka.
Semua aktiviti mereka dipantau bagi memastikan bayi yang dikandungkan sihat.
India menjadi pilihan kerana kos menyewa rahim bermula dari GBP 5000 (RM27500) seorang dan ini adalah jauh lebih murah dari bayaran yang dikenakan ibu tumpang di negara Barat.
Ia juga membantu ibu tumpang untuk meringankan beban hidup kerana majoriti mereka berasal dari keluarga yang miskin.
Inilah bahana kemiskinan…apa pun kira ‘jadi’ demi sesuap nasi…- Mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment