Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gempar!! Anwar Tahu Lokasi MH370, Akan Dedahkan Khamis Nanti?




Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.

Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini. Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.

Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?

Kerana hanya di Parlimen sahajalah tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas Anwar apabila pendedahan itu dibuat nanti.

Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat Khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.

Anwar memang pada kapasiti yang betul untuk bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mempunyai pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, maklum sajalah, beliau adalah Menteri Kewangan yang meluluskan pembelian radar jenis Marconi itu pada tahun 1994 dulu.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan disini, pengetahuan beliau itu menjadikannya seorang pakar radar dan layak untuk bercakap mengenai perkara tersebut berbanding Menteri-Menteri UMNO yang ada sekarang.

Atas semua perkara rahsia yang akan didedahkan nanti (sebelum lokasi sebenar MH370 didedahkan), Pakatan Rakyat bimbang UMNO akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan SOSMA jika kenyataan itu dibuat di luar dewan.

Sebab kehilangan pesawat ini adalah rahsia besar yang mana bila didedahkan nanti, boleh menyebabkan kejatuhan serta merta kerajaan BN dan kebarangkalian konflik berterusan dengan kerajaan China.

Bagaimana Anwar tahu Putrajaya merahsiakan sesuatu, jangan tanya. Hubungan baik Anwar dan pengiktirafan yang diberikan kepada beliau oleh negara-negara maju dunia bukan datang begitu sahaja.

Hubungan ini termasuklah perkongsian maklumat-maklumat tertentu, termasuk maklumat sulit perisikan oleh negara-negara tersebut.

Usul untuk membahaskan isu ini perlulah diterima untuk dibahaskan pada Khamis nanti.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ