Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Nasib MH370 Tentu Berbeza Jika TUDM Pintas Pesawat Misteri...





Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza.

Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud.

Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara.

Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan.

Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder.

Biarpun isyarat transponder pesawat MH370 dimatikan selepas berpatah balik dari laluan asal, namun radar tentera tidak mengesan sebarang ancaman.

Namun beliau mengakui sekiranya langkah pemintasan diambil, episod kehilangan MH370 mungkin berlainan.

Menjawab spekulasi cara pesawat berpatah balik sama ada secara mengejut mahupun perlahan jelas beliau ia tidak semestinya menandakan apa-apa, kecuali tindakan seseorang dengan sengaja mengalih pesawat daripada laluan asal



Sementara itu Selangorkini sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘menyembunyikan’ maklumat berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang gagal dikesan daripada radar.

Anwar berkata, sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1994 mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Radar itu mempunyai keupayaan mengesan serta-merta Boeing 777 kerana ia menuju ke timur dan barat serta sekurang-kurangnya empat wilayah Malaysia.


Baca juga di sini



1 comments:

benda dah berlaku..
tiada guna lagi istilah jika kalau nie.

9 April 2014 at 11:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ