Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Kemalangan Ngeri Di Bandar Baru UDA, Johor Bahru




Johor Bahru - 7/4/2014: Seorang pemandu treler berusia 40 tahun yang sedang membuka ikatan tali kereta di atas kenderaan berat berkenaan maut selepas sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu bekas pesakit mental terbabas petang tadi.

Kereta dipandu lelaki terbabit terbabas ke atas treler itu sebelum merempuh mangsa.

Kejadian berlaku pada jam 1.50 petang di tepi bangunan Pusat Servis, Pameran dan Jualan Perodua terletak di Jalan Tampoi, berhampiran Bandar Baru Uda, di sini.

Ketika kejadian, Kamarudin Abu Bakar yang berasal dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor mahu mengalihkan beberapa kereta daripada treler ke bangunan terbabit.

Secara tiba-tiba, sebuah kereta Perodua Alza terbabas dan merempuh Kamarudin hingga mengakibatkan mangsa yang bekerja di Syarikat Nexus Mega Carriers Sdn Bhd terseret kira-kira dua meter ke dalam treler dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu menurunkan kereta baru yang dibawa daripada sebuah kilang Perodua di Rawang ke bangunan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya sudah menahan pemandu kereta Perodua Alza berkenaan bagi menjalankan siasatan.












1 comments:

Ngerinya...innalillah

8 April 2014 at 13:54 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ