Nikah 2 Mei, Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin


Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin


SHAH ALAM - 6/4/2014: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei depan.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia dan pasangannya sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin dan akan dihadiri kira-kira 500 orang tetamu.

"Kad kahwin sudah pun diedarkan bermula hari ini (Sabtu). Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi manakala acara resepsi pula diadakan pada sebelah malam.

"Kedua-dua majlis itu akan berlangsung di Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan," katanya.

Misha ditemui pada sidang media khas mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di Holy Smoke cafe di sini pada petang Sabtu. Turut hadir, tunangnya, Firos bersama pengurus yang juga merupakan kakak Misha, Mimie Omar.

Majlis resepsi di pihak lelaki pula akan berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin

Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin



Misha Omar Sedih Bakal Berpisah Dengan Kakak


Ketika sedang menghitung hari untuk bergelar seorang isteri, penyanyi Misha Omar mula berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kakaknya, Mimie yang menguruskan kerjaya seninya selama ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, selain menguruskan kerjaya nyanyian, Mimie juga memanjakannya seolah-olah dia masih lagi seorang kanak-kanak kecil.

"Selain rapat sebagai adik-beradik, Mimie memanjakan saya dalam semua hal termasuklah kerja-kerja mengemas rumah dan memasak, semuanya dia yang buat.

“Apabila bercerita mengenai perkahwinan saya, kami menangis kerana kami tidak mungkin akan duduk sebumbung seperti biasa," katanya kepada mStar Online.

Misha Omar Mula Edar Kad Kahwin


Misha ditemui pada sidang media mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, di Holy Smoke Cafe di sini pada Sabtu.

Pasangan itu memilih 2 Mei depan untuk melangsungkan pernikahan yang akan diadakan Hotel Renaissanse Kota Bharu, Kelantan.

Akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi sementara majlis resepsi pula diadakan di tempat yang sama pada sebelah malam.

Dalam pada itu Misha berkata, selepas berkahwin dia akan tinggal bersama kakaknya beberapa bulan sebelum berpindah ke kediaman baharu.

Malah dia juga mula mempelajari cara-cara menguruskan rumah tangga dan memasak daripada Mimie bagi memudahkannya menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri.

Sementara itu, Misha turut berasa sedih kerana anak angkatnya iaitu Muhammad Adam Emir, 8, juga bakal berpisah dengan anak angkat kakaknya, Arissa, 7, yang mana kedua-dua mereka begitu rapat.

"Mereka sangat rapat dan apabila mendapat tahu akan berpisah selepas saya berkahwin, kedua-duanya bersedih.

"Tetapi Adam memberi kata-kata positif kepada Kyra yang mereka masih lagi boleh berjumpa, cuma tidaklah kerap seperti biasa. Sebak pula dibuatnya melihat gelagat masing-masing," ujarnya.



2 comments:

Selamat menempuh hidup baru.

6 April 2014 at 20:31 comment-delete

dah nak kawen dah misha..:)

7 April 2014 at 09:41 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ