Astaghfirullahalazim! Tersangat Kejam Bayi Dibuang Dalam Pam Tandas!
KEJAM! Mayat Bayi Cukup Sifat Dalam Pam Tandas - Laman Facebook Daily Traffic Report dalam kemaskini hari ini memaparkan penemuan mayat seorang bayi di dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth.
Betapa kejamnya individu yang tergamak melakukan perkara begini.
Jika dikira dan dihitung hukuman setimpal yang ada di dunia ini pasti tidak ada hukuman lain yang terlintas di minda kita selain hukuman mati sama seperti apa yang dilakukan kepada bayi tidak berdosa itu.
Bagaimanapun, itu adalah pemikiran marah kita sebagai manusia, namun perbuatan kejam begini hendak diselesaikan dengan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita.
Harapnya pihak berkuasa akan menyiasat dan mendakwa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan dan mendapat balasan yang setimpal.
Menurut laman itu lagi, bayi itu dikatakan sudah pun mati beberapa hari lalu.
Dalam ruangan komen yang diterima daripada status berkenaan menunjukkan rasa marah para pembaca ruangan Facebook itu yang begitu marah dengan dengan perbuatan itu.
“Astaghfirullahalazim, pada si pelaku akan tiba balasan.. nantikan sahaja.. sempurna zuriat itu.. tidak layak gelar kau manusia,” menurut satu komen dari pembaca yang begitu marah dengan perbuatan kejam si pelaku itu.
Bayi yang dilihat cukup sifat itu sudah pun meninggal dunia dengan warna kulitnya yang sudah bertukar kebiruan kerana kesejukan ekoran badannya direndam di dalam air dalam jangka masa lama.
Satu komen lagi yang diterima tertulis “Binatang pun bukan, manusia lagi jauh, hanya iblis sahaja yang ada sifat macam ini, Astaghfirullah,” katanya.
Seorang lagi pembaca meluahkan rasanya yang jelas kecewa dengan perlakuan itu yang tidak sepatutnya dilakukan kepada bayi yang baru lahir dan tidak berdosa apapun.
“Berdarah jiwa tengok gambar macam ini, ke mana akal yang waras, semua ditunjangi nafsu syaitan, neraka jahanamlah tempatnya,” katanya. – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment