Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mak Macam Mana Awak Ini?

Mak Macam Mana Awak Ini

 Tahukah anda, terdapat banyak jenis ibu di muka bumi ini. Sekiranya anda sudah beranak, ibu jenis mana yang lebih seperti diri anda? Sekiranya anda belum beranak, ibu anda pula ikut ciri mana? Tepuk dada, tanya selera!

Hot Momma

Ibu yang biarpun sudah beranak tiga masih berbadan langsing kalah anak dara. Kebiasaannya ibu seperti ini memang suami tidak akan pandang lain. Malah suami orang lain juga ikut sama memandang! Hot Momma adalah ibu yang bijak menjaga penampilan diri, rajin bersenam untuk kekal langsing dan jaga permakanan. Gaya pakaian dan dandanan juga dititikberatkan. Menjadi ibu bukan alasan untuk lepaskan diri dan tidak cantik. Ikut sahaja contoh Hot Momma terkenal seperti Erra Fazira, Jasmin Hamid, Sazzy Falak dan Daphne Iking.




Mak Macam Mana Awak Ini

Ibu Bekerjaya

Ibu bekerjaya sentiasa sibuk. Pagi-pagi lagi sudah terkejar dengan sarapan, uruskan anak dan suami dan bersiap untuk mesyuarat di pejabat. Biasa dilihat memandu anak ke sekolah dan terkejar ke pejabat. Kami juga biasa melihat ibu bekerjaya multitasking dalam kereta, sambil menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau sambil membaca dokumen pejabat, menelefon klien atau memakai gincu di bibir. Ibu bekerjaya merupakan Superwoman yang menjadi idola setiap gadis yang baru tamat pengajian tinggi. Ingin suatu hari nanti bijak uruskan masa antara pejabat dan keluarga seperti si ibu bekerjaya.


Mak Macam Mana Awak Ini


Suri Rumah Sepanjang Masa

Kalau suami kaya, memang seronoklah suri rumah sepanjang masa. Kerja jaga anak dan tidur sahaja. Salah itu. Jaga anak bukan tugas yang mudah. Tambah lagi kalau tiada pembantu rumah. Itulah menduga setiap wanita yang bergelar suri rumah, apabila perlu masak, kemas rumah dan layan anak. Ingat boleh tidur sampai ke petang? Oh tidak. Perlu bangun tidur sebelum suami untuk pastikan sarapan keluarga tersedia, kemudian hantar anak ke sekolah dan ambil anak dari sekolah. Jangan sekali memandang mudah kerja seorang suri rumah ya.


Mak Macam Mana Awak Ini

Ibu yang garang

Dragon mom. Ibu yang garang, sangat prihatin tentang tugasan kerja sekolah dan kawan anak. Waktu remaja dahulu hati cepat memberontak, semua tak boleh. Kawan semua tak kena di mata ibu. Nak lepak lepas sekolah pun tak boleh namun dewasa ini kita sedar mengapa ibu begitu garang. Semua untuk kebaikan diri sendiri.

Tidak kira anda ibu bagaimana yang penting, pastikan tunjukkan penghargaan bagi kaum ibu Hari Ibu ini!


Kredit: news.mylaunchpad.com.my


1 comments:

Moga kita menjadi wanita,isteri,ibu,anak perempuan yang solehah..

9 May 2014 at 18:57 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ