Tasha Shilla TAK KISAH Kekasihnya Dipenuhi TATU
Walaupun kekasihnya sering dikritik kerana bertatu, namun pelakon cantik manis, Tasha Shilla mendakwa dia tidak pernah mengambil pusing cakap-cakap orang mengenai perkara itu.
Malah menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia tidak kisah kekasihnya, seorang peninju Muay Thai berbangsa Cina yang dikenali sebagai Hans mempunyai tatu kerana baginya penampilan luaran tidak menggambarkan keperibadian seseorang individu itu.
Memetik kenyataannya dalam Media Hiburan, Tasha berkata, “saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut”.
Jika sebelum ini, Tasha pernah dikaitkan dengan pemain bola sepak, Mahali Jasuli lantas ramai mengatakan dia hanya terpikat dan mahu berkawan dengan ahli sukan.
Walau bagaimanapun, Tasha menafikan perkara tersebut.
Mungkin Tasha tertarik dengan kehidupan atlet yang sentiasa menitik beratkan kesihatan dan kecergasan kerana secara tidak langsung ianya juga boleh mempengaruhi kehidupan sihat aktres terbabit. – MYNEWSHUB.MY
4 comments:
hmmmm........
bila mabuk cinta mcm tu lerr..
Terkelu,terkedu,,
Alaa...ada tatoo bukannya tanda seseorang itu jadi kuat.... pilihlah pasangan kamu di kalangan orang-orang yang beriman
Post a Comment