Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Isu Tandas Berkubah Masjid - Blogger Jangan Sebar Berita Tidak Benar




DESARU 5/5/2014– Pihak pengurusan Lotus Desaru Beach Resort yang terpalit arang dek dakwaan blog pro-pembangkang kerana didakwa menghina Islam kerana bangunan tandas dilihat menyerupai masjid menyelar tindakan blogger yang membuat tuduhan tanpa fakta.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lotus R Indra Ghandi berkata jika ada kesalahan dari pihak resort yang menyebabkan penganut sesetengah agama tersinggung, sepatutnya teguran terus diberikan kepada pihak resort dan bukannya terus membuat tuduhan melulu di internet.

“Saya memohon dengan blogger-blogger ini, janganlah sebarkan perkara- perkara yang tidak betul.. Kalau kita salah, beritahu pihak hotel dan kita akan ubahsuaikan.



“Satu perkara yang saya tahu berkaitan agama Islam ialah kita mohon maaf memaafkan.. Kita tidak membina sebarang binaan baru sebaliknya kita hanya memperindahkannya sahaja dari bangunan asal pada tahun 1998 dengan mengecatnya menjadi keadaan seperti sekarang,” katanya kepada Mynewshub.my dalam satu temubual eksklusif.

Isu itu mula mencetus kontroversi apabila ia menjadi viral selepas disebarkan beberapa blog yang menyebelahi pembangkang antaranya Omakkau.blogspot.com

Menurut Indra, bangunan berkenaan bukan sahaja digunakan sebagai tandas tetapi juga bilik persalinan, kaunter tuala kolam renang dan ia turut menempatkan pejabat resort yang sentiasa dijaga rapi dan bersih.

Beliau berkata bangunan itu pada tahun 1998 pada asalnya berwarna biru dan mempunyai tiga kubah untuk untuk disesuaikan dengan konsep alam fantasi ala Disneyland yang menjadi tema pembinaan resort berkenaan yang pada asalnya diuruskan oleh Impian Desaru Beach Resort sebelum diambil alih kumpulan Lotus pada 2010.

Mengulas mengenai kerja pembaikan bangunan itu, Indra berkata lakaran berbentuk seperti kubah di sisi bangunan itu akan turut dibuang dan dicat dengan permukaan rata sahaja untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di masa akan datang.

“Ruang atas kubah akan diubah kepada bentuk kon yang menyerupai tema bangunan lain di resort berkenaan,” katanya.

Lotus Desaru Beach Resort menjadi tumpuan hari ini apabila gambar bangunan tandas dan bilik persalinan resort yang mempunyai kubah didakwa menghina Islam kerana menyerupai masjid yang merupakan pusat beribadat bagi umat Islam.

Dakwaan itu disebarkan di blog pro-pembangkang yang mengatakan di Johor iaitu negeri UMNO sahaja tempat dimana boleh ditemui bangunan-bangunan yang dibina sebegitu rupa kononnya untuk tujuan menghina agama Islam.

Ekoran itu, pihak polis Bandar Penawar bertindak meminta pengurusan resort menurunkan kubah itu.

Indra berkata pihaknya mengambil masa kurang dua jam untuk menanggalkan kubah itu dan ia kini disimpan di stor simpanan resort. – MYNEWSHUB.MY


kerja-kerja menurunkan kubah sedang dijalankan



Baca juga di sini

GEMPAR!! TANDAS BERKUBAH MENYERUPAI MASJID DI LOTUS DESARU KOTA TINGGI??




1 comments:

Bagusnya beliau meminta maaf secara terbuka. Kerana itu lah perlu menkaji dulu sblm buat sesuatu

6 May 2014 at 12:49 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ