Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Wanita Seksi Dapat Kurangkan Speed Trap Dan Kemalangan Jalanraya!!

Wanita Seksi Dapat Kurangkan Speed Trap Dan Kemalangan Jalanraya


SEORANG pegawai pencen wanita di Ningbo, Zhejiang, China Timur, mempunyai cara unik dapat mengelakkan pemandu kenderaan supaya tidak kelam-kabut laju, yang sekaligus dapat mengelakkan kemalangan jalan raya.

Caranya ialah dengan menggunakan patung mainan atau boneka seks. Wanita bernama Lin Chen itu sengaja membeli mainan seks berupa boneka tiup wanita, untuk menarik perhatian pengendara atau pemandu. Boneka itu diikat di sebuah pohon agar pengendara melihatnya dan memperlambat kendaraanya.

"Ada lampu merah dekat rumah saya itu namun para pengendara tetap juga melaju dengan cepat, ini sangatlah berbahaya," kata Cheng dilaporkan Mirror, Selasa 7 Ogos 2012.

Wanita Seksi Dapat Kurangkan Speed Trap Dan Kemalangan Jalanraya


Bukan setakat itu sahaja, wanita berusia 67 tahun itu juga mendandani boneka tersebut dengan menggunakan pakaian dalam asli untuk seorang wanita dengan warna merah seksi yang 'menggoda'.

"Saya fikir pengendara dapat perlambat kendaaranya jika mereka melihat sesuatu yang telah saya berikan (boneka seks). Polis tidak tertarik mengatasinya, jadi saya beli boneka ini dan ikat di pokok" ujar Chen.

Meski idea kreatif Chen itu agak pelik, tetapi polis setempat mengakui bahawa setelah Chen memasang boneka seks di tepi jalan, angka kemalangan di sekitar jalan tersebut menjadi berkurang.

"Ini bukan metod yang kami akan gunakan, tetapi kami tidak boleh kata hal ini tidak berjaya." kata jurucakap polis di situ.




Jom saksikan video di bawah ni pula....apabila wanita seksi dapat mengurangkan kelajuan..






1 comments:

hishhhhhhh xsenonoh

7 May 2014 at 14:04 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ