Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AWAS!! Berhati-Hati Jika Singgah Di Surau Atau Masjid Di Kedah!!!



Anda dinasihatkan agar berhati-hati apabila singgah di suaru atau masjid di dalam negeri Kedah. Tidak tahu samada cerita ini benar atau tidak. Ini telah diceritakan oleh seorang lelaki yang datang dari Kuala Lumpur telah singgah di satu surau untuk menunaikan solat.

Memandangkan telah masuk waktu solat dan yang ada di situ hanyanya dia dan Tok Imam, Tok Imam telah meminta lelaki itu " Tolong bang sat!"

Lelaki tersebut terus melompat dan memaki Tok Imam kerana fikir dia dipanggil "bangsat" oleh Tok Imam. Terjadi kekecohan sehingga datang seorang lain yang memberitahu lelaki itu bahawa sebenarnya ungkapan yang dinyatakan oleh Tok Imam ialah "Tolong azan sekejap".

Lelaki yang telah tersipu-sipu malu tersebut merajuk dan berkata "Tok Imam bang la..."

Kali ini Tok Imam pula mengamuk kerana fikir ia digelar "bangla" oleh lelaki tersebut..

@#$$%^&*(

Hehehe







3 comments:

Lain pdg lain belalang...

9 May 2014 at 09:12 comment-delete

Sedikit Sebanyak kita perlu pelajari loghat dan bahasa serta budaya negeri lain..

9 May 2014 at 11:14 comment-delete

Hahahaha lucu sgt

9 May 2014 at 13:26 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ