Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kami Bukan Wanita Murahan!



Kuala Lumpur: Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan).” Demikian luahan dramatis popular, Rita Rudaini berhubung tindakan individu tidak dikenali yang menyebarkan nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular termasuk dirinya di Internet dan aplikasi sosial.

Ketika dihubungi semalam, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 38, mengakui pelik dengan mentaliti dan pertimbangan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul,” katanya.
Selain Rita, sembilan lagi selebriti yang menjadi mangsa adalah aktres Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.

Mesej yang tertera nombor telefon palsu semua selebriti itu bertujuan mempersenda dan mengaibkan mereka tersebar luas di Internet sehingga menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Rita berkata, tindakan itu hanya dilakukan individu yang mempunyai masalah jiwa atau otak saja. Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada ada masa buat macam ini. Tapi bagi orang psiko macam ini mungkin dia puas tengok bila orang ketawa dengan mesej macam itu,” katanya.

Rita juga berasa pelik dengan sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kesedihan atau kekurangan dilalui ibu tunggal sepertinya.

Katanya, walaupun ia tidak betul, tetapi penyebaran maklumat palsu itu boleh mengelirukan sesetengah pihak. Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang.

Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul,” katanya.



Manakala, Erra pula berkata, mendoakan individu terbabit mendapat kesedaran atas perbuatan tidak berfaedah yang dilakukannya.

Semoga Allah SWT membersihkan jiwa individu itu yang punya banyak kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti, wallahualam,” katanya.



Sementara itu, penyampai radio Sarimah berkata, tindakan itu adalah kebudak-budakan dan tidak meninggalkan kesan kepadanya.

Nombor itu pun tak betul dan palsu. Ada yang bersikap kebudak-budakan untuk mencari publisiti. Saya rasa sesetengah memang bosan dan bersikap kebudak-budakan dan selalunya memang begitu. Bagi mereka, itu satu bentuk hiburan. Ini benda mengarut dan kebudak-budakan tetapi tak ada kesan kepada saya,” katanya. - myMetro


1 comments:

Komen Era paling cool & bernas rasanya. Tidak menunjukkan emosi marah walau di aniaya ... senyum selalu...

12 May 2014 at 16:00 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ