Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Demonstrasi Bantah Perlaksaan Hudud Di Brunei



Peserta demonstrasi memegang sepanduk dalam perhimpunan membantah pelaksanaan hudud oleh Sultan Brunei di depan hotel milik Sultan Brunei, Hotel Beverly Hills, California, Amerika Syarikat, pada Isnin. – Gambar Reuters.



Media barat dedah Sultan Brunei, kerabat boros, maksiat walaupun laksana hudud


Selepas pelaksanaan hukum hudud di Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, pendedahan gaya hidup boros dan bergelumang dengan maksiat melibatkan pemerintah dan kerabatnya didedahkan media barat.

Media berkenaan mengkritik kehidupan peribadi Sultan Brunei dan kerabatnya dan pendedahan melibatkan anakanda Sultan, Putera Abdul Azim dan adiknya, Putera Jefri Bolkiah dilakukan.

Majalah atas talian barat, Frontpage Mag (www.frontpagemag.com), menuduh anak kesayangan Sultan Brunei, Azim sebagai seorang yang gemar mengadakan parti liar dengan selebriti Hollywood.


"Putera Azim, anak kesayangan Sultan Brunei juga menghabiskan banyak wang untuk menjemput bintang ke sambutan ulang tahunnya dan menghabiskan masa berparti di Barat," kata penulis majalah itu, Daniel Greenfield dalam artikelnya.

Azim juga didedahkan pernah minum arak sehingga mabuk bersama mendiang Michael Jackson yang diketahui ada kecenderungan dalam hubungan sejenis dan ia didedahkan sendiri oleh selebriti Amerika Syarikat, Aaron Paul Sturtevant.

Selain itu, adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah, juga didakwa sebagai teman akrab kepada sultan untuk berhibur dan mempunyai hampir 40 pelacur yang disimpan di hotel Dorchester, London.

Jefri juga dikatakan seorang yang boros dan menghabiskan wangnya membeli pelbagai koleksi bernilai jutaan ringgit.

Malah, Jefri juga sebelum ini dilaporkan oleh Reuters cuba menghalang daripada gambar "statut erotik" yang menunjukkan beliau sedang membuat hubungan kelamin didedahkan dalam satu perbicaraan mahkamah di New York.

Daniel berkata, selebriti di Hollywood membantah pelaksanaan undang-undang Islam di negara tersebut kerana menyifatkan ia sebagai tidak adil.

"Bukan undang-undang Islam itu yang kejam, tetapi ia tidak dilaksanakan ke atas kumpulan elitis sebaliknya rotan, rejam dan pukul hanya ke atas rakyatnya," katanya.

Pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei menerima kritikan banyak pihak, malah selebriti Hollywood juga memprotes usaha tersebut.




Terbaru, pengasas kumpulan Virgin, Richard Branson memboikot hotel milik Sultan Brunei, termasuk The Dorchester di London dan Hotel Beverly Hills di Los Angeles.

Selain Branson, beberapa selebriti lain seperti Stephen Fry, pengacara TV Sharon Osbourne dan pelawak, Ellen DeGeneres juga memboikotnya.

Kumpulan aktivis dan sivil di barat juga memprotes pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei.


Tahun lalu, Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke dalam sistem perundangan negara itu, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah".

Mulai April lalu, Brunei secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada pengenalan kepada Kod Penal Syariah yang baru.

Lazimnya rakyat Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.

Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada parti PAS.

Disember lalu, kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan Sultan Brunei itu.

Delegasi berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.

Kerajaan negeri Kelantan juga akan membawa Usul Persendirian ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan restu untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk Hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, usaha tersebut mendapat tentangan banyak pihak khususnya daripada parti komponen Pakatan Rakyat, DAP dan parti komponen Barisan Nasional, MCA.

Sumber: dialograkyat.blogspot.com


1 comments:

Tidak mudah utk melaksanakan hukum Allah ni. Sdangkn sesama islam sendiri ada yg menolak. Ini kan pula bangsa & agama lain. Moga2 Allah permudahkan Sultan Brunai... Aamiin

12 May 2014 at 16:09 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ