Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GST Cukai Yang Zalim Serta Bercanggah Dengan Islam!!






JANGAN MUDAH MENGHUKUM ZALIM DAN HARAM GST

Sudah mula kedengaran 'mufti2 jadian' di muka2 buku mengeluarkan fatwa Haram GST bersandarkan dalil berikut:
إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ
"Sesunggunya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ adalah di dalam neraka". Mereka menafsirkan perkataan 'Maks' sebagai cukai. (Nota:Dalam istilah Arab cukai boleh diterjemah sebagai 'Dhorabah' dan 'Maks')

Jika cukai GST diharamkan berasaskan penafsiran simplistik bahawa 'haram kerajaan kutip cukai selain Zakat, sedekah, jizyah dan ushur', maka semua jenis cukai yg dikutip kerajaan sebelum ini tidak kira di Peringkat Persekutuan mahupun negeri2 termasuklah Kelantan, Selangor dan P.Pinang seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai premis perniagaan dll juga adalah Haram.

Perlu difahami bahawa isu cukai adalah termasuk dlm dimensi ijtihad khususnya dlm konteks Siyasah Syariyyah. Bahkan antara yang terawal melakukan ijtihad baru mengenakan cukai Kharaj adalah sahabat Nabi SAW sendiri iaitu Umar Al-Khattab. Ini kerana, Khalifah Umar mula melihat kemaslahatan atau keperluan untuk menjana pendapatan lain kepada kerajaan apabila wilayah kekuasaan Islam berkembang ke Iraq, Syam dan Mesir terutamanya dlm aspek perbelanjaan pertahanan, penggajian tentera dan pegawai2 kerajaan utk uruskan hal ehwak rakyat.

Sebagaimana yg dinukilkan oleh Imam Abu Yusuf dalam kitab Al-Kharaj yg ditulis untuk Amirul Mukminin Khalifah Harun Ar-Rasyid, "Khalifah Umar berijtihad utk perkenalkan cukai Kharaj setelah bermesyuarat dgn pimpinan dari kalangan Ansar dan Muhajirin bahawa keperluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan yg telah meluaskan jajahannya sehingga Syam, Jazirah, Kufah, Basrah dan Mesir. Walaupun ditentang Abdur Rahman bin Au tetapi disokong Ali, Uthman, Talhah dan Ibnu Umar."

Sebab itulah ulamak2 kontemporari seperti Yusuf Al-Qaradawi dan Sheikh Ali Muhyiddin AlQurrah Daghi mengharuskan pengambilan cukai sebagai tambahan kepada Zakat, Sedekah, Jizyah dan Ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai2 kerajaan dan penyediaan infrastuktur utk kemudahan rakyat. Ini berasaskan kaedah fekah yg masyhur:
تصرف الإمام عن رعيته منوط بالمصلحة
"Pendekatan atau tindakan seorang pemerintah kepada rakyatnya adalah berasaskan kemaslahatan". - Wallahualam


Baca juga di sini

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST




2 comments:

Jom kita melawat blog Ustaz Zahiruddin & sama2 membaca pendapat beliau juga ya.

6 May 2014 at 12:42 comment-delete

Ustaz x bagi hukum, beliau hanya bagi penerangan. Sama sama kita fikirkan sendiri. Kerana ulamak tak bole komen apa2 kan. Cepat je kene gam. Di tuduh mcm2

6 May 2014 at 22:22 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ