Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PANAS!! SURAT TERBUKA KEPADA PM OLEH SEORANG MELAYU PENGUNDI UMNO!

SURAT TERBUKA KEPADA PM OLEH SEORANG MELAYU PENGUNDI UMNO



SURAT TERBUKA KEPADA PM OLEH SEORANG MELAYU

7hb Mei 2014
YAB Dato' Sri,

Saya mewakili orang Melayu yang telah mengundi UMNO ingin melahirkan rasa terkilan dan dukacita terhadap perkembangan yang berlaku di Tanah Air kami.

2. Kami faham betapa getirnya cabaran yang terpaksa diharungi oleh YAB untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara berbilang bangsa ini. Kami juga akur bahawa perlu ada "give and take" dan toleransi sesama kaum.

3. Pada tanggal 5 Mei yang lalu, genaplah setahun usia kerajaan BN diberi mandat sekali lagi untuk terus kekal memerintah. Buat pengetahuan YAB, sukacita diperingatkan bahawa mandat memerintah kali ini diberikan kepada BN oleh majoritinya orang Melayu.

4. Di sini juga ingin disuarakan bahawa orang Melayu yang mengundi UMNO tempoh hari, kebanyakannya bukanlah ahli UMNO. Saya juga tidak terkecuali, saya bukan ahli UMNO, tetapi mengundi BN.

5. Mutakhir ini, kami, orang Melayu berasa gusar ke manakah bahtera UMNO, satu-satunya kapal Melayu akan dikemudi? Kami begitu runsing kerana secara amnya, hak-hak Melayu sudah tidak lagi menjadi keutamaan UMNO mengikut kaca mata kami.

6. Orang-orang di sekeliling YAB sudah tentu sekali memberikan laporan 'khidmat cemerlang', dan kononnya YAB Dato' Sri sangat disayangi rakyat (mungkin mereka memberi contoh: betapa ramainya yang memakai baju "I Love PM" ). Tetapi hakikat yang sebenarnya tidaklah begitu memberangsangkan.

7. YAB lulusan pengajian luar negara, kami yakin Dato' Sri tergolong dalam golongan cerdik pandai dan mampu gunakan mata hati bagi menapis antara "pujian yang melalai dan merosakkan" dengan "kritikan yang membina dan ikhlas"

8. Sebgai golongan cerdik pandai, tentu sekali YAB dapat menilai betapa cepatnya jatuh pemimpin yang dipandang lemah dan tidak mampu menegakkan pendirian di hadapan rakyat.

9. Akhir-akhir ini, kami dapati begitu banyak isu sensitif melibatkan agama kami (Islam) dan bangsa kami (Melayu) acap kali dihina dan dimalukan oleh kaum lain. Contohnya, isu mengajak makan babi di bulan puasa. Ia isu yang sangat sensitif. Di manakah suara UMNO, dan apakah pula pendirian kabinet berkenaan isu tersebut?

10. Kami berikan mandat kepada BN atas dasar kepercayaan. Tidak berapa lama dahulu, ada Menteri kabinet yang mengisytiharkan adanya dalang tragedi Lahad Datu di kalangan pembangkang. Kami percayakan beliau. Sehingga kini, tiada pula tangkapan dalang tersebut dari kalangan pembangkang.

11. Pembangkang sewenang-wenangnya menghinjak maruah UMNO dengan propaganda dan fitnah mereka. Adakah YAB akan hanya berdiam diri seribu bahasa dan mengharapkan mereka akan berhenti menghina UMNO?

12. Jika YAB pilih untuk berdiam diri, itu hak Dato' Sri. Tetapi bagi kami orang Melayu, kami masih ada maruah, dan tidak sanggup dibangsatkan oleh anak-cucu kami

13. Marilah kita mengambil pengajaran daripada robohnya Kota Melaka pada tahun 1511. Untuk bina empayar , masa berpuluh tahun diambil. Untuk ianya musah, hanya sekelip mata.

14. YAB Dato' Sri mewarisi kerajaan yang baik. Bapa-bapa pengasas negara kita tentu sekali berasa bangga dan senang hati sekiranya Dato' Sri dapat meneruskan kesinambungan perjuangan survival bangsa Melayu

15. Kami, orang Melayu juga berharap agar slogan "Hidup Melayu" tidak hanya meniti di bibir hanya ketika mengemis sokongan Melayu semasa pilihanraya atau pemilihan UMNO sahaja. Ini negara Malaysia, hak Melayu mesti dipertahankan

16. Identiti bangsa MESTI diabadikan di dalam dokumen-dokumen rasmi kerajaan bagi memudahkan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera diberikan kepada yang berhak

17. Untuk makluman YAB Dato' Sri, kepercayaan rata-rata rakyat, khususnya orang Melayu terhadap Dato' Sri kian pudar kerana kami dapati UMNO sudah bukan lagi parti Melayu, tetapi hanya lebih kepada ingin mengekalkan kuasa pemerintahan. Pandangan ikhlas kami, kedudukan UMNO umpama telur dihujung tanduk.

18. Kami faham, YAB Dato' Sri mungkin menghadapi tekanan dari segala sudut oleh puak chauvinis dan extremis. Dari sudut yang lain, kami mahukan YAB Dato' Sri faham bahawa orang Melayu juga jika dihimpit dan ditindas sehingga ke satu sudut, akan turut bangkit memberikan tekanan kepada YAB. Maka, adalah lebih bijak seandainya Dato' Seri dapat melayan tuntutan majoriti daripada menimbulkan rasa kesangsian di kalangan rakyat majoriti Melayu

19. Pemberian BR1M walaupun adalah langkah yang patut dipuji, tetapi pada pandangan kami bukanlah tindakan yang baik. Agak ironi apabila kerajaan mengumumkan langkah penjimatan terhadap pelbagai agensi kerajaan, tetapi pada masa yang sama membelanjakan berbilion ringgit untuk duit 'one-off' setahun sekali. Bukankah lebih baik sekiranya duit sebanyak itu dilaburkan untuk prasarana dan infrastruktur kritikal seperti pendidikan dan kesihatan? Pemberian BR1M adalah umpama candu. Sekali dapat, selamanya rakyat akan ketagih, dan masalah bakal timbul sekiranya kerajaan sudah tidak lagi mampu menanggung kos BR1M yang kian meningkat saban tahun.

20. YAB Dato' Sri, kami berharap agar Dato' Sri dapat mengambil pandangan daripada bekas PM, Tun Dr Mahathir tentang bagaimanakah resipi mengemudi negara berbilang kaum dengan tegas. Di bawah pemerintahan Tun Mahathir, tiada puak chauvinis yang berani mendongak langit menuntut itu atau ini. Malah, mereka memberikan kerjasama yang baik bagi bersama-sama membangunkan negara.

21. Saya berharap agar Dato' Sri dapat meneliti kesemua isi kandungan surat terbuka ini dan menilai dengan sejujur-jujurnya dengan mata hati Dato' Sri dan tidak hanya mengharapkan 'makmal-makmal' dan PEMANDU untuk menjalankan tugas berfikir.

Akhir kata, saya mendoakan agar Dato' Sri sekeluarga dicucuri rahmat dan semoga Dato' Sri terbuka hati untuk menerima kritik dan saran oleh orang Melayu pula.


Yang ikhlas,
Seorang Melayu pengundi UMNO


Baca juga di sini:

SURAT TERBUKA SAYA KEPADA PM - FADZIL LATIF






3 comments:

surat2 macam nie usually memang hantar kat PM ker??hehehe

Regards,
-Strider-

8 May 2014 at 21:37 comment-delete

Wah......

Nice sharing

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ