SETELAH GENAP SETAHUN BLACKOUT 505...
Perkongsian dari minda bro bradokapak dari blog dramaraja.blogspot.com, bagus dibaca untuk santapan minda...
Blackout 505.
Hari ini, genap satu tahun setelah peristiwa Pilihan Raya Hitam pada tahun lalu. Peristiwa di mana rakyat merasa sangat marah dek 'blackout' yang terjadi. Ketika itu ia seakan-akan satu fenomena baru dimana hampir rata-rata profile-profile media sosial bertukar menjadi hitam. Akhbar-akhbar harian dan tabloid pun bertukar cover hitam.
Beberapa siri rentetan daripada peristiwa itu berlanjutan dengan tercetusnya perhimpunan di Padang Merbok, Stadium Kelana Jaya, Kelab Sultan Sulaiman dan beberapa lagi lokasi lain. Hal-hal tersebut pada ketika itu saya kira sebagai satu paksi perubahan untuk 'rebel' menentang kerajaan.
Namun, setelah beberapa siri ceramah Blackout 505, saya lihat ia hanyalah medium untuk mengekalkan fokus rakyat terhadap Pakatan Rakyat kerana langsung tiada usaha daripada mereka untuk melawan dijalanan seperti yang pernah diwar-warkan lama dahulu. Saya kira pejuang mereka seperti Anwar Ibrahim pun dah keletihan dan lebih senang memilih jalan untuk berbaik-baik dengan pihak kerajaan.
Kerana itu, siri gerakan Blackout 505 saya kira sebagai GAGAL ! Gagal menyuarakan ketidakpuashatian mereka dalam PRU-13 dan gagal merubah kerajaan!
Kenapa gagal??? Kerana, pemimpin utama siri gerakan itu juga adalah sekutu kerajaan dalam diam!
Sudah setahun berlalu, saya masih ingat peristiwa itu. Hari yang sama, waktu yang sama, ketika yang sama, beza tahun sahaja... setelah lelah dari Pesta Buku, tanpa patah semangat terus ke beberapa lokasi untuk menyemarakkan api penentangan itu. Namun, ianya bertiup pergi seakan-akan tiada faedahpun jika diteruskan. Bagi yang hanya tahu mengambil isu mengikut trend sahaja, mereka pasti sudah lupakan peristiwa ini.......
Bangsa yang melupakan sejarahnya, sering ditipu ! Ayuh, kenanglah kembali sejarah-sejarah kalian agar kita tidak lagi ditipu !
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
Apa pula pendapat anda?
1 comments:
;)
Post a Comment