Kawasan Tanah Runtuh Afghanistan Mungkin Diisytiharkan Kubur Besar Sabtu Ini
PASUKAN 4/5/2014 - penyelamat di Afghanistan kini sedang berusaha mencari mangsa dengan mengalihkan timbunan lumpur selepas tanah runtuh yang berlaku kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 2,000 orang tertimbus.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 350 mayat sudah ditemui di kawasan bencana iaitu bahagian terpencil di barat laut wilayah Badakhshan.
Pada hari kejadian, ratusan rumah turut tertimbus apabila sebahagian tanah dari sebuah gunung runtuh akibat hujan lebat berterusan.
Tidak beberapa lama selepas runtuhan pertama, runtuhan kedua berlaku meragut nyawa para penyelamat yang sedang mencari mangsa akibat runtuhan pertama.
Polis Afghanistan bertindak mengedarkan bekalan air dan makanan berbentuk roti untuk orang ramai yang terpaksa menghabiskan malam mereka tanpa tempat berteduh.
Menurut gobenor wilayah dan juga jurucakap PBB, kesemua 2,000 orang yang tertimbus dibimbangi sudah terbunuh.
Kawasan runtuhan dijangka akan diisytiharkan sebagai kubur besar dengan upacara pengebumian besar-besaran akan diumumkan pada Sabtu depan.
Ketua Operasi PBB di Kabul Aidan O’Leary berkata banyak pihak sudah bekerja keras sejak semalam untuk mencari dan menyelamat mangsa bagaimanapun operasi mencari terus buntu.
Menurut laporan Washington Post pula, kawasan pergunungan di situ sedang mengalami cuaca hujan lebat dan banjir menyebabkan runtuhan yang menimpa perkampungan Hobo Barik.
Tanah runtuh adalah perkara biasa di Afghanistan tetapi bencana yang berlaku Jumaat lepas adalah antara yang terburuk.
Gobenor Shah Waliullah Adeeb berkata runtuhan tanah itu telah menimbus kira-kira 300 buah rumah, kira-kira sepertiga dari keseluruhan jumlah rumah di kawasan itu.
Baca juga di sini:
0 comments:
Post a Comment