GAMBAR KERETA PERONDA POLIS REMUK DILANGGAR LORI
Kulai- 7/5/2014: Seorang anggota polis cedera selepas kereta peronda dipandunya dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 2.6 Lebuhraya Senai-Desaru, di sini, jam 4 petang tadi.
Sebelum itu, anggota polis berkenaan dan rakan setugasnya baru selesai menahan dan menyaman sebuah van kerana melakukan kesalahan lalu lintas.
Ketika kejadian kereta peronda dan van berkenaan dikatakan berhenti di laluan kecemasan.
Bagaimanapun, ketika anggota polis berkenaan masuk ke kenderaannya untuk meneruskan rondaan sebuah lori menuju ke Senai melanggar sebelah kanan belakang kereta peronda itu.
Kejadian itu menyebabkan anggota polis berkenaan yang juga pemandu kenderaan terbabit terhentak dan mengalami kecederaan di kepala, manakala rakannya tidak cedera.
4 comments:
malang tidak berbau
masyaAllah...
uihhhhh teruk jugak ni....
mak aihhh...nasib baik dua2 anggota tak berada dalam kereta..inilah yang dikatakan risiko tanpa mengenal masa...
Regards,
-Strider-
Post a Comment