Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370





Sebenarnya artikel ini telah ditulis seawal 10 Mac yang Ida copy & paste dari sini. 9 teori ini segalanya mungkin boleh terjadi tetapi yang pasti pesawat MH370 telah pun diumumkan berakhir di Selatan Lautan Hindi.



TEORI 1: Kegagalan Enjin

Terjadinya bencana struktural akibat kegagalan enjin pada Rolls-Royce Trent 800 yang dipakai di Boeing 777-200 MAS.

Kebanyakan pesawat diperbuat dari aluminium sehingga seiring perjalanan waktu akan kalis terhadap corrosion, terutama pada kawasan-kawasan dengan kelembaban tinggi. Namun melihat pada sejarah panjang pesawat termasuk catatan keselamatan yang baik, para pakar menepis kemungkinan ini terjadi pada MH370.

Tambahan pula pesawat ini memiliki dual-enjin, yang jika berlaku sesuatu pada enjin utama, ia masih mempunyai backup daripada enjin kedua.

Melainkan terjadinya kes seperti pesawat Boeing 777 milik Bristish Airways yang jatuh sekitar 300 meter dari landasan Lapangan Terbang Heathrow di London pada Januari 2008. Pesawat kehilangan daya graviti kerana adanya pembentukan ais dalam sistem bahan bakar menyebabkan kegagalan pada dua enjinnya.




TEORI 2. Cuaca buruk

Boeing 777-200 dirancang untuk tetap boleh terbang sekalipun dalam keadaan ribut taufan. Meskipun demikian, pada Jun 2009 pesawat milik Air France yang terbang dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris terhempas di Lautan Atlantik akibat cuaca buruk. Seluruh penumpang yang jumlahnya 228 orang termasuk krew pesawat terkorban. Pilot juga tidak pernah menghantar isyarat kecemasan.

Tetapi dalam kes MAS MH370, cuaca sedang dalam keadaan cerah. Disebabkan itu para pakar menepis kemungkinan MH370 jatuh akibat cuaca buruk.

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370




TEORI 3: Disorientasi pilot

Hipotesisnya, pilot menjalankan sistem autopilot dan pergi meninggalkan cockpit. Ketika menyedari berlaku sesuatu pada pesawat, ternyata ia sudah terlambat.

Namun kemungkinan ini terjadi pada MH370 juga ditepis para pakar kerana pesawat itu boleh terbang hingga 2-3 jam sejak terakhir dihubungi, yang bermaksud masih dapat menempuh jarak hingga 4800 kilometer. Namun, MH370 ternyata tidak masuk ke dalam sistem radar pengendali lalu lintas udara lainnya ketika hendak keluar dari pusat kawalan di Kuala Lumpur.

Tambahan pula setiap pesawat akan ditemani oleh co-pilot bagi membantu kapten. Dan jika pun berlaku sesuatu pada pesawat pada ketika ini, pilot masih sempat untuk berkomunikasi atau menghantar isyarat kecemasan



TEORI 4: Bom

Teori ini antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh pihak DCA dan pihak berkuasa di Malaysia. Pada Januari lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran tentang ancaman bom kasut kepada syarikat-syarikat penerbangan di dunia, berdasarkan hasil risikan pihak berkuasa negara itu.

Namun, teori ini juga masih belum dapat dibuktikan.



TEORI 5: Claustrophobic failure

Dalam sebuah penerbangan, bahagian paling berbahaya adalah ketika perlepasan dan mendarat. Jarang terjadi insiden ketika pesawat sudah berada 7 mil di atas permukaan bumi. Bahkan catatan statistik Boeing menunjukkan hanya 9 peratus kemalangan terjadi ketika pesawat sudah berada di ketinggian.

Namun khusus MH370, pesawat tiba-tiba lenyap dari radar. Kalaupun terjadi kegagalan mesin pada Boeing 777-200, maka juruterbang tentu masih sempat menghantar isyarat kecemasan.

Para pakar menduga telah terjadi sesuatu yang cepat sehingga juruterbang tidak sempat membuat panggilan darurat. “Tidak adanya isyarat kecemasan menunjukkan sesuatu yang begitu mendadak dan terjadi sangat pantas,” ulas William Waldock, pakar penyelidikan kecelakaan pesawat dari Embry-Riddle Aeronautical University, Amerika Syarikat.

Claustrophobic failure boleh terjadi akibat kegagalan enjin, pesawat kehilangan kuasa, letupan (bom), ataupun pesawat terlanggar sesuatu.

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370




TEORI 6: Pesawat Meletup

Pengamat penerbangan yang juga editor di laman airlineratings.com, Geoffrey Thomas menduga pesawat MH370 tiba-tiba meledak di udara. Alasannya, kerana tidak ada panggilan mayday yang dibuat pilot sebagai tanda kondisi darurat.

Kapten John M Cox, CEO di Safety Operating System yang menghabiskan 25 tahun umurnya di dunia penerbangan mengatakan, salah satu indikator pertama tentang hal yang terjadi pada MH370 adalah ukuran serpihan pesawat. Jika ukuran serpihannya besar dan tersebar hingga bermil-mil jaraknya, maka pesawat kemungkinan pecah di ketinggian. Hal itu menunjukkan adanya pengeboman atau kerosakan besar pada struktur pesawat.

Tetapi jika serpihannya tersebar di kawasan yang kecil, maka kemungkinan pesawat jatuh dari ketingian 35 ribu kaki dan pecah saat menyentuh air. Meskipun demikian Cox tidak mahu berspekulasi lebih banyak.




TEORI 7: Ditembak oleh tentera

Ini hanyalah sekadar teori meskipun kemungkinannya kecil. Kejadian pesawat komersial ditembak oleh pihak ketenteraan pernah terjadi pada Julai 1988 ketika pesawat Iran Air ditembak oleh USS Vincennes. 299 penumpang dan krew Iran Air maut. Insiden serupa terjadi pada Korean Air yang ditembak jatuh oleh jet tempur Rusia pada 1983.

Perlu diketahui bahawa kawasan laut China Selatan adalah kawasan tegang yang sering menjadi rebutan di antara beberapa negara antaranya China, Vietnam, Filipina, Taiwan dan termasuklah Malaysia. Kawasan ini sering terjadi perbalahan antara kuasa-kuasa tentera oleh negara-negara sekitarnya.

Namun teori ini mungkin boleh disangkal kerana laluan yang digunakan oleh MH370 ini disifatkan sebagai laluan penerbangan paling sibuk di mana dikatakan setiap 10 minit akan ada pesawat yang melalui laluan ini.


9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370


TEORI 8. Hijacked/Diserang Pengganas.

Ini adalah teori yang hangat diperdebatkan ketika ini. Terdapat beberapa kes atau hipotesis yang diutarakan oleh pemerhati untuk menyokong teori ini.

Pertama, Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu. Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. Berdasarkan laporan pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri sejak dua tahun lalu ketika di Thailand. Laman CNN pula mendedahkan kedua-dua penumpang ini membeli tiket pesawat secara online melalui China Southern Airline (syarikat perkongsian kod MAS) dengan menggunakan kad kredit/debit yang sama dan nombor booking secara berturutan. Kedua-dua ini disyaki sebagai pengganas. Namun dakwaan ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.




Kedua, berdasarkan laporan akhbar New Straits Time hari ini yang memetik temubual dengan seorang juruterbang MAS yang dalam penerbangan ke Jepun memberitahu sempat menghubungi pesawat MH370 berkata dia ada mendengar bunyi bising 'mumbled', seolah-olah berlaku sesuatu di dalam kokpit pesawat tersebut. Bagaimanapun laporan ini bertentangan dengan kenyataan pusat kawalan udara yang menyatakan tiada sebarang komunikasi berlaku. Kemungkinan bunyi 'mumbled' itu daripada seseorang yang memecah masuk ke kokpit, atau seseorang sedang memberi 'sesuatu arahan'.

Ketiga, rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik, menunjukkan sesuatu mungkin berlaku. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu."Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa," katanya.

Keempat, sesetengah pendapat mengaitkannya dengan insiden keganasan di Kunming, China pada minggu lalu dimana sekumpulan pengganas memecah masuk ke dalam sebuah keretapi awam dan menikam orang ramai. Seramai 29 orang terkorban. Fakta kes di mana 3/4 daripada penumpang MH370 adalah warganegara China dan berlakunya insiden pasport palsu, boleh menguatkan hipotesis ini.




TEORI 9: Kesilapan Juruterbang/ Bunuh Diri

Ini juga sekadar teori dan andaian, berdasarkan beberapa kes sebelum ini seperti yang terjadi pada pesawat Air France 447 pada 2007 di mana hasil bedah siasat dari rakaman kotak hitam mendedahkan sebahagian punca daripada pesawat itu terhempas adalah disebabkan oleh kegagalan juruterbang untuk bertindak balas terhadap kegagalan beberapa instrument di dalam kapal terbang itu.

Begitu juga dengan kejadian pesawat Silk Air yang terhempas selepas hasil bedah siasat menunjukkan punca ia terhempas disebabkan oleh tindakan bunuh diri juruterbang pesawat itu sendiri.












1 comments:

IMPLIKASI MENGISYTIHAR KEMATIAN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PM Najib sudah umum MH370 berakhir terhempas di Koredor Selatan lautan Hindi, denganbantuan radar satelit dan method tercanggih dari Britain.

2) Bangkai pesawat, serpihan pesawat, atau apa-apa sahaja daripada pesawat, belum ditemui, apatah lagi kotak hitam. Jika ada kematian, mayat dan jenazah, satu pun belum ditemui.

3) Status masih andaian. Andaian dibuat melalui hasil siasatan isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati.

4) Sekonyong-konyong PM Malaysia membuat pengumuman. mengucap takziah dan meminta kita beri ruang kepada waris. Tidak semena-mena fatwa ditagih untuk mendirikan solat jenazah. Tanpa ragu-ragu, Johor kibar bendera separuh tiang, sebagai isyarat berkabung.

5) Bagi umat Islam, ruang empat tahun diberikan kepada waris sebelum mengisytiharkan mangsa itu mati, selagi tidak ditemui jenazahnya atau apa-apa bukti soheh akan kematiannya. Namun tidak salah jika pihak berkuasa mengisytiharnya lebih awal berdasarkan faktor-faktor yg relevan.

6) Apa implikasinya? kenapa perlu ada pengisytiharan kematian dalam hal ini? Kenapa perlunya pengisyitiharan itu dibuat dengan penuh hati-hati dan mengkaji segala faktor kemungkinan?

7) Implikasinya besar, terhadap hukum syariat kepada ahli waris yg terbabit. Contohnya: dari segi hubungan suami isteri, jika si suami diisytihar mati, maka si isteri mesti ber’eddah bermula dari tarikh diisytiharkan mati itu. Pantang larang ‘eddah kematian suami mesti dipatuhi.

8 ) Empat bulan 10 hari selepas tarikh pengisytiharan kematian, yakni selepas selesai tempoh ‘eddah, si isteri itu boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain yang layak dikahwininya.

9) Andai kata selepas 6 bulan kemudiannya, MH370 sebenarnya ditemui di daratan akibat dihijack (andaian), si suami yg diisytihar mati itu masih hidup dan pulang ke rumah, bagaimana pula halnya dgn isteri itu yg sudah bersuami baru?

10) Para ulamak sudah pun menyelesaikan kes ini seperti yg dihurai dalam kitab-kitab fiqh. Sebaik sahaja suami lama itu sah hidup dan kembali, maka secara serta merta pernikahan dgn suami baru terbatal. malah jika 10 tahun kemudian baru suami yg dianggap mati itu muncul sedangkan si isteri sudah milik anak bersama suami baru, maka pernihakan mereka tetap terbatal dgn pulangnya suami lama yg ‘hidup semula’.

11) Anak-anak bersama suami baru, di-bin-kan kepada suami baru. Bukan anak zina. pernikahan mereka sah, anak-anak mereka sah. Cuma pernikahan mereka terbatal dek kemunculan semula suami lama yg pernah diisytihar mati.

12) Pengisyitiharan mati juga memberi kesan kepada soal solat jenazah, pembahagian harta pusaka, dan beberapa hukum syariat yg lain.

13) Justeru itu, pihak majlis fatwa perlu manilai semua faktor sebelum terus mengeluarkan fatwa dengan hanya bersandarkan pengumuman PM Najib dan data satelit semata-mata.

Sekian.

Anonymous
29 March 2014 at 11:47 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ