Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tuhan Lebih Sayangkan Ayah - Maira, Anak Perempuan Ketua Pramugara MH370

Tuhan Lebih Sayangkan Ayah

PETALING JAYA - 25/3/2014: Maira Elizabeth Nari, anak perempuan kepada Andrew Nari, Ketua Pramugara bagi pesawat MH370 yang hilang, meluahkan kesedihannya di Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 777 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Maira, yang menulis di twitter @Gorxous_ berkata: "Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan mengenainya. Tuhan lebih sayangkan ayah, Tuhan lebih sayangkan mereka".

Akaun Twitter Maira mendapat sokongan berterusan sejak beliau menggunakan Twitter bagi meluaskan harapannya bahawa pesawat MH370 akan kembali pulang bersama penumpang dan anak kapal sejak kehilangannya 17 hari lalu, dan bagaimana beliau begitu merindui ayahnya.

Rabu minggu lalu, Maira telah menulis di Twitternya bahawa beliau tidak akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila ia akan diumumkan pada hari berikutnya.

Beliau berkata: "Keputusan SPM akan keluar esok, dan berharap ayah akan pulang nanti. Tetapi tidak mengapa. Ayah di samping saya di dalam hati dan rasa percaya ini."

Tulisannya di Twitter sebelum itu merujuk kepada sokongan ayahnya terhadap kelab bola sepak kegemaran, Liverpool yang mendapat sokongan dan simpati daripada kelab itu sendiri.

Beliau menulis di Twitter pada 16 Mac lalu, "Ayah, Liverpool menang perlawanan. Pulanglah ke rumah, ayah dapat menonton perlawanan ini! Ayah tidak pernah ketinggalan menonton perlawanan mereka. Ini merupakan kali pertama. Kelab itu kemudiannnya membalas di Twitter, "Hanya ingin memaklumkan anda bahawa kami semua sedang memikirakan tentang ayah anda dan kesemua yang hilang dalam penerbangan #MH370. Tabahkan hati."

Najib pada pukul 10 malam Isnin membuat pengumuman bahawa penyiasat dari Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - mstar


Baca juga di sini



1 comments:

Sangat menyentuh hati.. Moga semuanya tabah. Ya, Tuhan lebih sayangkan mereka... :'(

25 March 2014 at 11:39 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ