Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Objek Ghaib Lagi


WARIS penumpang warga China hanya mampu memendam persoalan ketika bergerak keluar dari dewan taklimat mengenai MH370 di sebuah hotel di Beijing, semalam.



Kuala Lumpur: Selepas imej dua objek dikesan melalui satelit China dan Australia, kerajaan Perancis pula mengesahkan satelit negara itu turut mengesan objek ‘berpotensi’ di kawasan Koridor Selatan, semalam.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, selepas menerima makluman itu, kerajaan terus menghantar data berkenaan ke Pusat Koordinasi Menyelamat Australia untuk tindakan segera.

Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan semalam, pihak berkuasa Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek baru di kawasan Koridor Selatan.

“Beberapa pesawat operasi yang dijadualkan berlepas ke Koridor Selatan terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk selepas dilanda ribut tropika.

“Australia turut menghantar sebuah kapal pertahanan ‘Ocean Shield’ yang dilengkapi dengan kebolehan untuk mengesan sebarang objek dalam air,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam. - hmetro


2 comments:

Semuanya masih menjadi misteri.

24 March 2014 at 19:03 comment-delete

sentiasa sabar menunggu berita terkini.

24 March 2014 at 20:24 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ