Pelakon "Ariana Rose" sangkal dakwaan jual bayi

Pelakon "Ariana Rose" sangkal dakwaan jual bayi


26 Mac – Pelakon drama bersiri "Ariana Rose", Sharisa Haris Chong telah tampil menafikan dirinya menjual bayi menggunakan laman sosial Facebook-nya dan meminta agar bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang menggunakan maklumat peribadi dan gambar beliau agar berhenti daripada menjalankan aktiviti bertujuan menipu pengikut laman Facebook itu.

Menurut Sharisa, dia telah menyiasat secara terperinci pemilik nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa merupakan milik seorang wanita yang pernah bekerja dengannya pada dua tahun yang lalu.

"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," ujarnya kepada mStar.

Pemegang akaun palsu itu turut menyamar dengan menyatakan anaknya telah meninggal dunia untuk meraih simpati dan lebih menyakinkan orang ramai untuk mempercayainya.

Kata-kata kesat juga turut dilemparkan oleh pengikut laman sosial itu terhadap dirinya dan perkara ini turut menjejaskan reputasi aktres berusia 25 tahun itu sebagai pelakon baru.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, perkara tersebut telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan diambil tindakan lanjut bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang dan terjadi pada selebriti lain.


1 comments:

semakin berleluasa pula kewujudan akaun palsu begini.. mungkin skmm kena buat sesuatu..

26 March 2014 at 22:47 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ