MH370: Kapten Zaharie Pernah Bergurau…Tak Mungkin Jumpa Pusaranya
MENERUSI ruangan komen di akaun Facebook ‘Friends of Captain Zaharie’ yang didedikasi khas buat juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie, seorang rakannya telah berkongsi kata-kata gurauan beliau tahun lalu.
Mohaza Mohaza berkata, dia tidak menyangka kata-kata Zaharie yang juga dikenali sebagai Arie itu bersangkut-paut dengan insiden tersebut.
“Zaharie (Arie)..jika ini lah suratan takdirnya..mengerti lah saya kini apa yg di ucapkan oleh mu pd saya di pagi hari raya Aidil Fitri tahun lalu (di tanah perkuburan Jln Perak, Pulau Pinang). Rupa2nya ia adalah satu tanda kiasan dari mu yg kau akan pergi meninggalkan semua.
Zaharie beritahu saya (secara gurauan) yg saya tidak akan jumpa kubur/pusara nya. Ini lah rupa maksudnya. Baru saya mengerti…pusaranya di Lautan Hindi. Al-Fatihah..moga Allah SWT mencucuri setinggi2 rahmat keatas rohnya & juga muslimin muslimat MH370 kesemua nya & di tempatkan bsama2 mereka yg berIman. Aamiin.”
Akaun tersebut kini mencatat 21,243 ‘likes’ daripada orang ramai.
0 comments:
Post a Comment