Lagi Gambar-Gambar Kesedihan Keluarga Mangsa Pesawat MH370 Yang Malang
Harapan berkecai
Seorang wanita sebuah hotel Beijing, China menunggu berita kehilangan MH370. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdasarkan maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) telah mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan di mana lokasi isyarat terakhir dikesan daripada pesawat itu.(AP Photo/Ng Han Guan)
Keperitan hati
Reaksi ahli keluarga seorang penumpang MH370 dari China selepas mendengar kenyataan mengesahkan pesawat tersebut hilang di kawasan selatan Lautan Hindi. (AP Photo/Ng Han Guan)
Tidak dapat menerima kenyataan
Seorang ahli keluarga penumpang MH370 meraung apabila mendengar kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat tersebut hilang di selatan Lautan Hindi selepas hilang selama 17 hari. Semua 227 penumpang dan 12 anak kapal dikhuatiri terkorban. AFP PHOTO / GOH CHAI HIN
Tragedi MH370
Seorang wanita diusung keluar sebuah hotel di Beijing, China pada hari Isnin selepas mendengar kenyataan MH370 hilang di selatan Lautan Hindi dan dikhuatiri terhempas.(AP Photo) CHINA OUT
Pasrah
Selamat Omar,60, ayah kepada penumpang MH370 Mohd Khairul Amri Selamat, 29, bersama isterinya Rosila Abu Samad kelihatan sedih selepas mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung lokasi terakhir pesawat MH 370 di Hotel Everly, Putrajaya pada hari Isnin.-- fotoBERNAMA (2014)
Masih banyak persoalan tidak terjawab
Seorang ahli keluarga di Beijing diusung keluar selepas mendengar kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa MH370 hilang di selatan Lautan Hindi. Meskipun nasib tragik pesawat tersebut diumumkan secara rasmi, warga dunia masih tertanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada MH370? Di manakah pesawat atau serpihannya? Persoalan-persoalan yang masih tiada jawapannya. (AP Photo/Ng Han Guan)
Keperitan seorang ibu
Ahli keluarga seorang penumpang MH370 di Metro Park Lido Hotel, Beijing, China menangis mengenang nasib orang kesayangannya dalam pesawat tersebut. AFP PHOTO / Mark RALSTON
Mengenang MH370
Pengumuman MH370 hilang dan semua 239 penumpang dan krew terkorban amat sukar diterima. Insiden ini telah meruntun bukan sahaja jiwa rakyat Malaysia tetapi warga seluruh dunia. PHOTO/Mark RALSTON
Berita suram
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikejar media tempatan dan asing selepas mengadakan sidang media khas berhubung pesawat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin. Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA?
MH370 hilang di Lautan Hindi
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Isnin.(AP Photo/Joshua Paul)
Baca juga di sini
Keluarga Penumpang MH370 Reda
Gambar Kesedihan Keluarga Di China Menerima Berita MH370
Belangsukawa: Gambar-Gambar Kru Dan Penumpang Pesawat MH370 Yang Malang
Video Khas Mengenang Wajah-Wajah Penumpang MH370
0 comments:
Post a Comment