MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin

Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin


KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya bahawa ada hikmah di sebalik tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya meskipun saat ini merupakan saat yang paling sukar, namun ia memberikan hikmah supaya rakyat bersatu-padu mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

“Ini memberikan hikmah terutama kepada rakyat Malaysia supaya bersatu padu tidak kira latar belakang. Kelmarin di Parlimen, pihak pembangkang telah sokong 100 peratus usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.

“Kita tengok semua doakan tak kira agama mana... untuk pesawat,” kata Hishammuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu.

Selain itu, Hishammuddin turut menyifatkan sikap bersatu padu dalam memberikan sokongan kepada usaha pencarian MH370 itu telah menyuntik semangat kepada pihaknya untuk terus mencari serpihan yang berkaitan dengan pesawat tersebut.

Katanya dorongan itu dapat membantu mereka untuk terus memberi tumpuan kepada pencarian meskipun terdapat pelbagai spekulasi yang dicetuskan oleh pelbagai pihak.

Sementara itu, Hishammuddin berkata sejarah akan menjadi penentu usaha yang dibuat oleh Malaysia dalam menangani insiden ini.

Katanya tidak semua negara di dunia boleh mendapat bantuan sebanyak 26 negara seperti yang diterima Malaysia sekarang.

Katanya lagi, tidak semua negara boleh mendapat bantuan berupa pesawat canggih dari serata dunia.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah usaha kerjasama dari segala sektor komuniti, tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama,” tegas Hishammuddin.

Tambahnya dalam usaha pencarian yang sukar ini, ia boleh dikatakan sebagai satu pencapaian yang amat baik.




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ