Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Majlis Fatwa Putuskan Anak Kapal Dan Penumpang MH370 Bergelar Syahid Akhirat

Syahid Akhirat



Majlis fatwa putuskan anak kapal dan penumpang MH370 bergelar syahid akhirat

PUTRAJAYA 25 Mac - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat selepas Muzakarah Khas yang diadakan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Hj Hadi Awang



MH370: Islam Beri Tempoh Empat Tahun Sabit Kematian Tidak Pasti - Hj Hadi Awang

KUALA LUMPUR- 25/3/2014: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.

"Tetapi itu terpulang pada kerajaanlah untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. - Awani










0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ