Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tragedi MH370 : Hans Isaac Marah Dengan Media Antarabangsa




Perkembangan terbaru tentang pesawat MH370 memberi kesan yang sangat mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi buat mereka yang mempunyai keluarga, sahabat handai dan kenalan yang merupakan antara penumpang pesawat malang tersebut.

Buat pelakon dan pengarah Hans Isaac, walaupun dia turut berdukacita dengan apa yang telah terjadi, namun Hans dapat melihat ketabahan temannya yang merupakan keluarga mangsa tragedi ini.

“Kawan saya dan keluarganya masih menyimpan sedikit harapan. Bagaimanapun saya nampak ketabahan pada wajahnya menghadapi peristiwa hitam ini. Saya lebih beremosi dan marah dengan pihak-pihak yang membuat spekulasi,” kata Hans. 

Tak dapat menyembunyikan kesedihannya, Hans turut rasa terkilan terhadap media antarbangsa yang tidak sensitif dan menganggap kerajaan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.

“Saya sedih. Seluruh rakyat Malaysia sedih. Sebagai rakyat Malaysia, saya nampak usaha kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan buat salah, saya pasti akan bersuara. Tapi kerajaan dah lakukan sehabis baik usaha mereka dan kita harus menghargai usaha tersebut.

Saya percaya kerajaan perlu memastikan maklumat tersebut sahih sebelum umumkan pada media. Mana-mana negara yang menghadapi situasi seperti ini, pasti dalam keadaan yang sangat sukar.Tetapi media antarabangsa seolah-olah tidak sensitif demi mencari berita untuk mengekalkan ‘rating’ mereka,” jelas Hans menyarankan agar masyarakat dan media menghormati perasaan keluarga mangsa.

“Negara kita tiada bencana alam mahupun perang. Hal ini boleh dikatakan sangat tragis yang pernah berlaku dalam sejarah negara. Yang paling penting sekarang ini adalah kita cuba memberi ketenangan buat keluarga mangsa. Mereka sedang bersedih. Hormati perasaan mereka. Mereka yang tidak terlibat atau tidak mempunyai keluarga dalam pesawat tersebut boleh cakap macam-macam sebab mereka tak lalui kesedihan ini,” kata Hans mengakhiri bicara.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ