Penumpang Malindo Air Kongsi Detik-Detik Cemas
Sementara itu, penumpang yang diterbangkan ke destinasi menggunakan pesawat lain tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terenggnu, pada jam 11.30 pagi tadi.
Antara penumpang di dalam pesawat berkenaan, pemain Pasukan Bola Sepak Terengganu. Kejadian itu disedari oleh seorang penumpang, Alan R. Harper yang ternampak kebakaran di sayap pesawat kira-kira lima belas minit selepas ia berlepas. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Arpin Deraman menzahirkan rasa syukur kerana semua penumpang termasuk pemain bola sepak negeri itu selamat. -
Baca juga di sini
Gempar!! Enjin Pesawat Malindo Air Terbakar Di Udara
2 comments:
Syukur tak ada apa2 buruk yang berlaku... di Msia nie selalu kejadian 'bermusim' macam nie berlaku...
salam.di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat dan meminjam sedikit kata2 ustaz hasan din dan ustaz roslan mohd mengenai pencerahan tentang ucapan takziah.berdasarkan apa yang saya tonton dan lihat dalam rancangan tanyalah ustaz khas tv9 tragedi mh370 pada 25/3/2014 jam 9 mlm dan 26/3/2014 jam 1.30 ptg, kita selayaknya mengucapkan takziah dan melakukan solat ghaib jenazah setelah kepastian tentang kematian seseorang itu ditemui, atau dalam makna kata lain, apabila mempunyai bukti2 kukuh. kita sebagai rakyat yang beragama Islam khususnya, tidak boleh berputus asa.. harapan dan kebergantungan kita perlulah diletakkan 100% pada Allah s.w.t. hanya Allah yang maha berkuasa. apa yang patut dan sangat disarankan kita adalah beri kata2 positif, beri semangat, bukan mengucapkan takziah yang boleh menyebabkan harapan, semangat dan emosi keluarga yang dilihat sebelum ini makin tinggi mula jatuh kembali selepas hari yang ke 18.. walau sedalam mana lautan, selama mana waktu yang diambil, andai Allah ingin menyelamatkan semua 239 orang ini, itu tidak mustahil sama sekali walaupun dari logik akalnya susah untuk diterima. kita kena yakin bahawa, kekuasaan Allah melebihi kekuasaan manusia dan melebihi segala kecanggihan teknologi di dunia.. saya sangat bangga dan memuji pihak kerajaan yang sentiasa berusaha dalam misi mh370 ini, tetapi saya dengan rasa rendah diri berharap, kita tidak akan putus asa dan solat sunat hajat perlu dan wajar diteruskan agar Allah permudahkan segala urusan kita semua. saya yakin rakyat malaysia, rakyat yang penyayang, rakyat yang sentiasa membantu antara satu sama lain. benar, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. maka, untuk meringankan sedikit tamparan ini, doa, solat hajat, kata2 positif, kata semangat yang perlu disampaikan pada mereka..saya tergerak hati untuk menghantar kepada blog ini kerana blog ini antara medium yang sangat ramai pengikutnya. sy harap perkongsian pendapat ini, dapat disebarkan agar harapan, doa, emosi keluarga mh370 berada dalam keadaan yang baik. segala yang baik itu, datang dari Allah, yang buruk itu, datang dari kelemahan dan kesilapan saya.. -sekian..wassalam
Post a Comment