Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Kesimpulan Berdasarkan Petunjuk Sahih, Tiada Serpihan Ditemui

Kesimpulan berdasarkan petunjuk sahih


KUALA LUMPUR- 25/3/2014: Di sebalik berita yang mendukacitakan mengenai pesawat MH370 semalam, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata ianya adalah berdasarkan peningkatan petunjuk sahih yang diperolehi.

"Adalah mustahil untuk meramalkan berapa lama masa siasatan yang akan diambil. Tetapi selepas 17 hari, pengumuman yang dikongsi semalam adalah realiti yang kita perlu terima” katanya di dalam sidang akhbar di KLIA hari ini.

Apabila ditanya bagaimana pihak berkuasa mengesahkan bahawa pesawat terhempas walaupun tiada serpihan ditemui, Ahmad Jauhari menjawab, mereka membuat kesimpulan tersebut dari petunjuk yang boleh dipercayai.

"Malam tadi Perdana Menteri berkata beliau telah dimaklumkan tentang petunjuk yang boleh dipercayai di mana pesawat itu berakhir. Ia terletak jauh di kawasan terpencil.

"Selepas 17 hari, itu yang boleh kita simpulkan setakat ini" katanya lagi.

Ahmad Jauhari berkata bagaimanapun MAS akan terus menyokong kerja-kerja pihak berkuasa mencari dan menyelamat di selatan Lautan Hindi.

"Seperti orang lain, kita sedang menunggu berita dari pihak berkuasa" katanya.

Beliau menambah bahawa MAS akan menerbangkan keluarga penumpang MH370 ke Australia jika terdapat bukti muktamad daripada pihak berkuasa.

Sebelum ini, kerajaan Australia mengumumkan bahawa pengecualian bayaran visa akan diberikan kepada keluarga pesawat MH370.

Ahmad Jauhari turut memaklumkan MAS sudah menyalurkan bantuan kewangan awal sebanyak AS5,000 dolar kepada keluarga terdekat penumpang.

"Kami tidak tahu mengapa dan kita tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini berlaku"

Beliau juga mengakui bahawa tragedi itu telah sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat penerbangan itu.

"Ya, perkara ini sememangnya menjejaskan MAS. Namun, kita lakukan yang terbaik untuk memastikan mereka yang membeli tiket diterbangkan dengan selamat dan selesa " katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) yang telah memberikan taklimat kepada beliau sebelum ini dan telah menemui jawapan berdasarkan data satelit iaitu pesawat berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, kawasan barat Perth.



Baca juga di sini

PM NAJIB MENGIKUT ARAHAN INMARSAT MERUMUSKAN MH370 BERAKHIR DI LAUT HINDI?


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ