MH370: Kata-Kata Semangat Dari Pengguna FB Kepada Isteri Pramugara Hazrin Mohamed Hasnan
MH370: "Ujian hebat untuk orang yang hebat," pengguna Facebook
KUALA LUMPUR: Hanya doa dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diberikan rakyat Malaysia kepada Intan Maizura Othaman, isteri kepada pramugara pesawat MH370, Hazrin Mohamed Hasnan.
Laporan berita Astro AWANI mengenai Intan terus mendapat perhatian ramai yang sedih serta terharu mendengar kisahnya.
Bukan sahaja warga Malaysia, malah rakyat negara jiran turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat kepada beliau menerusi akaun Facebook Astro AWANI.
Dua cahaya matanya, Iman dan Muhammad sahajalah yang menjadi pendorong buat Intan yang kini sedang mengandungkan anak ketiganya.
Sejak kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu, Intan di dalam laman media sosial berkata beliau sudah menjangkakan bahawanya suaminya tidak akan pulang lagi kepangkuannya, namun, Intan tetap menaruh harapan dan berfikiran positif bahawa tidak lama lagi, suaminya pasti akan pulang.
"Saya akan move on (meneruskan kehidupan), saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana,'' kata Intan, memetik laporan Astro AWANI semalam.
Ikuti komen-komen yang ditinggalkan oleh pembaca akaun Facebook Astro AWANI yang tidak putus-putus mendoakan Intan menemui kekuatan untuk mengharungi dugaan ini.
Wan Nadhea: Ujian hebat untuk orang yangg hebat...semoga tabah menghadapi ujian Nya...
Nurz Que: Ya Allah, hanya engkau sahaja yang tahu perasaannya sekarang ini. Kau tabahkanlah hatinya Ya Allah
Mohd Izhwan Muhamad: Hati tersentak membaca artikel ini.. tidak pernah rasa terharu begini rupa..sedih..sangat sedih..apatah lagi bagi beliau yangg sedang menanggung beban tersebut..sememang Pn. Intan Maizura Othaman lebih tabah dalam mengharungi liku hidup akan datang dan membesarkan anak anak..amin..
Norol'ain Mohd Noor: Luka yang paling dalam adalah luka yang tak dapat dilihat dgn mata Dan kesedihan yang paling dalam adalah kesedihan yang tak terucap oleh kata kata..kami turut merasa kesedihan atas kehilangan MH370...ALFATIHAH. ...
Alifzul Yiyiejoy: Salam dari brunei.semoga akak tabah menghdapi dugaan dan cubaan yg sngt berat ini.tapi akak harus ingat allah ndakan mguji umatnya luar dari kemampuan umatnya.apabila ujian dtg itu bererti allah dkt dng kita allah syg dng kita..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.apa yg dpt saya sampaikn semga akak dan anak lebh tabah menghadapi ujian allah dan insyallah ada hikmah yg kita alum tahu.allah maha mengtahui segalanya..saya yakin akak antara manusia yg kuat..al fatihah kami dari brunei hampir setiap hari selepas sembhyg fardu mgadakan doa dan mengadakan sembhyg agar pencrian mh370 dipermudahkan..walaupn kita saling tak kenal.apa yg pasti semua umat islam itu besaudara.
Nor Aziah Bahaludin: Buat Intan, semoga tabah mengharungi kehidupan akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan tanpa suami di sisi. Semoga Iman dan Muhd membesar menjadi anak yg soleh dan solehah. "Ya Allah, Kau permudahkan lah wanita ini saat dia melahirkan kelak. Kau berikanlah dia kekuatan, ketabahan dan kemudahan dlm menempuh hari2 mendatang membesarkan anak2".....
Aniesa Villa: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..tabahkan hatinya Ya Allah..Berikan kekuatan untuknya membesarkan anak anak.. Sesungguhnya Engkaulah pengatur kehidupan yang Maha Hebat..seandainya masih ada pengharapan kepada mereka (penumpang MH370) maka kembalikan mereka kepangkuan keluarga dalam keadaan selamat..Amin ya Allah.. :sungguh terharu..
Vivin Elisa: Ya allah... Kau tabah kan lah wanita ini, berikan lah dia kemudahan,untuk membesar kan anak anak nya.... Amin...
Norhayani Mohd Yusop: Subhanallah...sedihnya hati ini,sedar tak sedar airmata ini mengalir...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya...saya pun seorang ibu dan saya faham apa yg intan rasakan...apa yg boleh saya katakan disini, tabahkan hatimu intan..Allah sentiasa bersamamu..moga ada hikmah disebalik...
Nora Ahmad Ucc: She looks so calm but deep inside..only Allah knows exactly how she feels..stay strong sis..may Allah bless yr life #wedoprayforyou
Zahrotul Farihah Abdul Aziz: This bring tears to me...Dear little girl with BIG heart,u might not read this comment at all,but deep down inside i know u gonna take a very good care of your mummy and your little big brother Muhammad.U are strong little one...much love from me dear.
2 comments:
Time baca luahan perasaan intan tu, memang meleleh airmata dibuatnya... sedih sangat... Harap dia tabah dan redha dengan ketentuan dariNYA...
bermakna sungguh kata2 tu...ujian hebat utk org yg hebat...
Post a Comment