Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kerajaan Malaysia Pembunuh - Rakyat China Di Beijing



Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang marah berarak ke Kedutaan Malaysia di Bejing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.

Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sambil berpimpin tangan menjeritkan slogan “Kerajaan Malaysia pembunuh” dan “Kami mahu keluarga kami semula.”

Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.

Kejadian terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.

Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.

Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis “mungkin sudah tahu” mengenai demonstrasi tersebut. -


Baca juga disini:



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ