MH370: Pesawat China Kesan "Objek Mencurigakan" Di Lokasi Pencarian
ABOARD IL-76 AIRCRAFT - 24/3/2014: Anak kapal pesawat IL-76 China mengesan beberapa “objek yang mencurigakan” di selatan Lautan Hindi pada Isnin sewaktu operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di luar pantai Australia.
Menurut agensi berita China Xinhua, korespondennya berkata, objek “putih dan berbentuk petak” itu dikesan pada koordinat 95.1113 darjah timur longitude dan 42.5453 selatan latitude.
Lokasi itu kemudiannya dilaporkan kepada pusat kawalan di Australia termasuk kapal pemecah ais China, Xuelong yang sedang berlayar ke sana.
Koresponden Xinhua yang mengikuti operasi tersebut berkata misi pencarian itu mengesan dua objek besar terapung dengan beberapa objek kecil bertaburan dalam radius beberapa kilometer.
Oleh kerana dua pesawat mencari dari China telah pun kembali, mereka telah memohon pihak Australia untuk menghantar pesawat lain bagi meneruskan pemeriksaan di kawasan tersebut.
Tentera laut AS Kirim Alat Kesan Kotak Hitam
KUALA LUMPUR - 24/3/2014: Tentera Laut Amerika Syarikat mengirim pengesan kotak hitam ke kawasan selatan Lautan Hindi yang kini jadi kawasan tumpuan usaha mengesan pesawat penerbangan MH370 yang hilang, susulan beberapa rakaman imej objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu sejak seminggu lalu.
Tentera laut itu menyifatkan langkah itu sebagai "langkah berjaga-jaga" sekiranya rakaman imej objek itu kemudiannya nanti mengesahkan kedudukan sebenar pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.
"Sekiranya kawasan serpihan dapat disahkan, (alat pengesan itu) akan memberikan kelebihan yang signifikan dalam usaha mengesan kotak hitam pesawat yang hilang," kata Komander William Marks, jurucakap Armada Ketujuh Amerika Syarikat dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh AFP.
Sistem pengesan itu bergantung kepada isyarat akustik untuk membantu mencari kotak hitam pesawat tentera atau komersial yang terhempas sehingga 6,000 meter di bawah laut.
Kenyataan itu bagaimanapun mengingatkan pengiriman alat pengesan itu tidak bermakna lokasi pesawat MH370 sudah disahkan.
"Sila ambil perhatian bahawa pengiriman (alat pengesan) ke kawasan itu bukan satu petunjuk bahawa kita sudah mengesahkan medan serpihan," kata kenyataan itu.
"Ini hanya langkah berjaga-jaga sekiranya kita berjumpa dengan serpihan, kita sudah bersedia untuk mengerahkan peralatan untuk mencari kotak hitam."
Pesawat tentera China pada Isnin berlepas dari Perth untuk menyertai operasi mengesan objek yang dirakamkan terapung di selatan Lautan Hindi oleh satelit seperti yang diumumkan oleh pihak berkuasa Australia dan China, lapor agensi berita Xinhua.
Ia kemudian diperkukuhkan dengan data satelit Perancis yang menunjukkan ada objek terapung di kawasan carian itu.
Sebanyak 10 pesawat terlibat dalam usaha pencarian MH370 hari ini, di mana dua daripadanya merupakan pesawat tentera China yang berlepas sekitar jam 8.45 pagi dan 9.20 pagi tadi.
Sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) juga telah berlepas pada jam 9 pagi tadi, manakala dua pesawat awam jarak jauh berlepas pada jam 10.10 pagi dan 10.30 pagi.
Pesawat P3 Orion milik RAAF yang kedua juga telah berlepas pada jam 11 pagi tadi, sementara sebuah lagi pesawat awam jarak jauh berlepas pada jam 1 tengah hari, serta dua pesawat P3 orion milik Jepun pula dijadual berlepas selepas jam 4 petang.
Sementara itu, kapal pemecah ais dari China, Xuelong dijadual tiba ke lokasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi pada Selasa ini.
Kapal penyelidik Antartik itu kini kira-kira 1,046 kilometer dari kawasan pencarian dan dijangka mengambil masa kira-kira 40 jam untuk sampai di kawasan yang dituju.
MH370: Lebih banyak pesawat sertai misi SAR di Australia
PERTH - 24/3/2014: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) di Australia bersambung hari ini dengan beberapa lagi pesawat menyertai operasi di Perth.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menegaskan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sangat mencabar.
AMSA menggunakan semua imej satelit dan maklumat yang ada dalam kawasan carian.Kedua-dua pesawat awam yang digunakan oleh AMSA dan pesawat tentera dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, China dan Jepun saling membantu dalam operasi yang berterusan dan berusaha yang terbaik mencari objek yang dirakam oleh imej satelit dengan mata kasar.
AMSA mengerahkan sejumlah 10 pesawat hari ini untuk mencari objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dalam kawasan carian kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
Cuaca dalam kawasan carian dijangka kurang baik dengan kemungkinan hujan.
Carian hari ini berpecah kepada dua kawasan dalam jarak yang sama meliputi kumulatif 68,500 kilometer persegi.
Tiga pesawat awam, dua pesawat Bombardier Global Express dan sebuah pesawat Airbus, akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti carian hari
Seramai 20 sukarelawan State Emergency Service (SES) dari Australia Barat akan sekali lagi akan menjadi pemerhati dalam pesawat awam. Sepuluh sukarelawan akan di Airbus dan lima sukarelawan akan diberikan kepada setiap satu daripada pesawat Bombardier Global Express.
Ketiga-tiga pesawat awam juga akan mempunyai Penyelaras Misi Penerbangan AeroRescue. AeroRescue adalah pembekal AMSA bagi perkhidmatan khusus misi mencari dan menyelamat dari lokasi di seluruh Australia.
Dua pesawat Ilyushin IL- 76 dari China telah ditugaskan oleh AMSA untuk menyertai carian hari ini, bersama-sama dengan dua pesawat P3 Orion dari Jepun. Kedua-dua pesawat Cina kini dalam perjalanan ke kawasan carian.
P8-Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat juga akan menyertai aktiviti carian hari ini, bersama-sama dengan dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia ( RAAF) .
Beberapa kapal China dalam perjalanan menuju ke kawasan carian untuk membantu dalam lokasi objek yang mungkin berkaitan dengan carian.
Baca juga di sini
1 comments:
tak jumpa lagi kan.. :(((
Post a Comment