Kepantasan Malaikat Jibrail Terbang Berdasarkan Teori Fizik Moden
Gambar Hiasan |
Kepantasan Malaikat Jibrail Terbang Berdasarkan Teori Fizik Moden
Ahli Fizik dari Mesir bernama DR. Mansour Hassab El Naby mengemukakan teori berdasarkan petunjuk Al Qur’an (Surah As Sajdah:5) kelajuan cahaya dapat dihitung dengan tepat sama dengan hasil pengukuran secara ilmu fizik modern (A New Astronomical Quranic Method for The Determination of The Greatest Speed C
Ilustrasi I
Berdasarkan QS As Sajdah ayat 5 :
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu
Secara jelas ayat tersebut memakai perbandingan bahawa satu hari sama dengan 1000 tahun, dihitung dengan cermat ternyata sama dengan kepantasan cahaya. Pertanyaannya kemudian, petunjuk ayat ini apakah sebagai penjelas atas petunjuk ayat dalam Al Qur’an yang lain?
Apakah kepantasan cahaya merupakan yang paling cepat di alam semesta ini seperti tanggapan manusia sekarang berdasarkan ilmu fizik modern? Dari beberapa ayat di dalam Al Qur’an disebutkan bahawa malaikat mempunyai kepantasan terbang yang sangat cepat.
Seperti dalam Surah An Naazi´aat ayat 3-4
1. Demi malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan
2. Dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [1537]
3. Dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat. Dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang
Juga pada Surah Al Mursalat ayat 1-2 dijelaskan bahawa malaikat terbang dengan kencang atau cepat:
Bagaimana malaikat terbang? Malaikat dapat terbang kerana memiliki sayap, ada yang mempunyai 2, 3 atau 4 sayap.
Disebutkan pada Surah Faathir ayat 1 :
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dari penjelasan tersebut dapat lebih jelas bahawa yang mampu terbang dengan kepantasan tinggi adalah malaikat. Seberapa cepat terbangnya?
Petunjuk dalam ayat tersebut sangat jelas bahawa perbandingan kepantasan terbang malaikat adalah dalam sehari kadarnya 50,000 tahun. Berdasarkan kaedah penghitungan yang dilakukan DR. Mansour Hassab El Naby seperti dalam tulisannya bahawa untuk satu hari yang berkadar 1000 tahun sama dengan kepantasan cahaya (299,792.4989 km/saat).
Berdasar rumus-rumus dan cara yang sama untuk perbandingan sehari sama dengan 50000 tahun dapat diperoleh hasil perhitungan sama dengan 50 kali kelajuan cahaya (14,989,624.9442 km/saat).
Kesimpulannya adalah berdasarkan informasi dari Al Qur’an dapat dihitung kecepatan terbang malaikat dan Jibril yaitu 50 kali kelajuan cahaya!
Ilustrasi 2
Sampai saat ini pengetahuan manusia belum menemukan sesuatu pun yang mempunyai kelajuan melebihi kepantasan cahaya. Berdasarkan petunjuk Al Qur’an sangat jelas disebutkan bahawa malaikat dan Jibril mempunyai kemampuan terbang 50 kali kelajuan cahaya. Hal tersebut bisa dimaklumi kerana penciptaan malaikat berasal dari unsur cahaya (nuur). Suatu saat diharapkan ilmuwan muslim dapat meneliti petunjuk tersebut dan menjadi penemu yang selangkah lebih maju kerana berdasarkan Al Qur’an, kitab suci yang merupakan satu-satunya kitab yang tepat, berisi kepastian kerana merupakan Firman Allah SWT. Wallahualam - Sumber
1 comments:
terima kasih ats pkongsian ida
Post a Comment