Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Laporan Pesawat MAS Dilanggar Itik Tidak Benar - Ahmad Jauhari

Laporan Pesawat MAS Dilanggar Itik Tidak Benar
Ahmad Jauhari Yahya


Laporan Pesawat MAS Dilanggar Itik Tidak Benar, Penerbangan Ke Seoul Dilencongkan Sebagai Langkah Berjaga-Jaga


KUALA LUMPUR - 25/3/2014: Laporan berita Nepal yang mengatakan bahawa krew kokpit Penerbangan Malaysia (MAS) tidak memberitahu pengawal trafik udara bahawa pesawat itu telah dilanggar sekumpulan itik di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu di Nepal adalah tidak tepat.

"Berkenaan Kathmandu, ianya tidak benar. Juruterbang segera memaklumkan kawalan trafik udara dan mengemukakan laporan ketika mendarat. Jadi perkara ini tidak benar berhubung insiden di Kathmandu," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan bahawa lampu pendaratan di landasan yang pecah, dan bukannya cermin hadapan pesawat seperti yang dilaporkan.

Kathmandu Post melaporkan bahawa anak-anak kapal kokpit penerbangan itu tidak memberitahu dengan segera kepada kawalan trafik udara berhubung kejadian itu, dan kapten penerbangan hanya mengesahkan 'ia dipercayai dilanggar burung' selepas anak-anak kapal Jet Airways melaporkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang bahawa mereka melihat kaca di landasan.

Setelah melakukan pemeriksaan, pegawai lapangan terbang mendapati sekurang-kurangnya 10 ekor itik mati dan terdapat serpihan kaca di landasan. Serpihan itu kemudiannya dibersihkan dan lapangan terbang kembali beroperasi seperti biasa selepas setengah jam.

Para pegawai menemui dua lagi itik mati semasa pemeriksaan rutin pada Sabtu.

Ahmad Jauhari berkata, ia bukan satu isu keselamatan yang menyebabkan penerbangan MAS ke Incheon, Seoul dilencongkan untuk mendarat di Hong Kong.

"Ia mempunyai masalah teknikal dengan generator pesawat itu, dan sebagai langkah berjaga-jaga kita melencongkan pesawat itu supaya mendarat di Hong Kong. Ia bukan satu isu keselamatan per se, ia adalah satu isu teknikal pesawat," katanya.

Dilaporkan bahawa MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul pada Ahad dilencongkan ke Hong Kong kerana generator pesawat gagal berfungsi.

Pengurus perhubungan media MAS, Kharunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pesawat Airbus A330 -300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

Katanya, bekalan tenaga terus dibekalkan oleh unit kuasa tambahan.

"Pesawat itu kemudian dilencongkan Hong Kong bagi pembaikan dan mendarat dengan selamat," tambah beliau.

MH066 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.37 malam Ahad dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada pukul 6.50 pagi (5.50 pagi waktu tempatan) Isnin. - mstar


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ