Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lagi Bencana Hampiri MAS – Pesawat MAS KL-Incheon Hadapi Masalah Generator



Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH066 yang bertolak dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan semalam dilencongkan ke Lapangan Terbang Hong Kong awal pagi ini kerana masalah generator.

Menurut kenyataan pihak MAS, generator yang menyumbang kuasa elektrik kepada pesawat A330-330 itu mengalami kerosakan tertentu membuatkan juruterbang mengambil keputusan untuk membatalkan destinasi asal penerbangan.

Sebelum ini – Penerbangan MAS MH114 Ke Kathmandu Terselamat Daripada Bencana Akibat Itik dan Misteri kehilangan MH370 yang kita sedia maklum.

Kesemua 271 penumpang kemudiannya dialihkan kepada pesawat lain untuk dibawa kembali ke Kuala Lumpur manakala penerbangan MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan.

MH066 yang bertolak jam 11.37 malam semalam sepatutnya tiba di Incheon jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan sekiranya tidak menghadapi sebarang masalah.

Jumaat lepas, pesawat MAS MH144 yang membawa 180 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Kathmandu turut mengalami masalah apabila sekumpulan itik tiba-tiba merempuh cermin hadapan pesawat ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA), New Delhi.

Kejadian tersebut membuatkan landasan dipenuhi serpihan kaca namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber: NEW STRAITS TIMES


Semoga Allah SWT merahmati dan memberi perlindungan kepada kita semua


1 comments:

dahlah bulan depan kakak saya nak pegi incheon naik MAS, takut pulak. haraplah takde apa2 :(

yg pasal itik tu pelik betul, mcm manelah boleh tersesat kat airport tu. kesian itik tu, mesti mati. hmm

Anonymous
24 March 2014 at 16:28 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ