Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gempar! Rahsia Lisa Surihani Akan Terbongkar!!



Rahsia Lisa Surihani Dibongkar Dalam E! News Asia


Aktres jelita, Lisa Surihani melahirkan rasa syukur apabila menjadi artis Malaysia pertama dipilih untuk muncul dalam program hiburan popular, ‘E! News Asia’ menerusi satu episod istimewa yang akan disiarkan pada 30 Mac ini. Sebelum ini, program tersebut telah menampilkan beberapa artis popular Asia antaranya Aaron Aziz dari Singapura, Jay Park (Korea Selatan) dan Anne Curtis (Filipina).

“Pada mulanya Lisa terkejut apabila ditawarkan untuk muncul dalam program ini, namun Lisa sangat berbesar hati kerana dipilih menjadi artis Malaysia pertama ditampilkan dalam E! News. Lisa rasa rendah diri namun Alhamdulillah, Lisa terima rezeki ini dengan perasaan bersyukur ke hadrat Ilahi,” ujar Lisa ketika ditemui pada sidang media kempen Oral B ‘Rethink You Mouth’, di Pusat Membeli Belah One Utama, pada Khamis.

Berkongsi mengenai pengalamannya menjalani penggambaran program tersebut, Lisa memberitahu ia merupakan satu pengalaman yang menarik sepanjang tiga hari proses penggambaran dijalankan. Menurut pelakon ‘Istanbul Aku Datang’ ini, selain dirinya, program tersebut turut menemubual individu yang rapat dengan dirinya termasuk ibu dan juga suaminya, Yusry Abdul Halim.
“Ia merupakan satu pengalaman yang menarik buat Lisa sepanjang tujuh tahun bergiat aktif dalam industri seni. Lebih mengujakan, peminat bukan saja dapat mengetahui tentang diri Lisa dari perkongsian Lisa seorang saja tapi mereka juga dapat dengar perspektif daripada orang lain yang rapat dengan Lisa.

Bukan sahaja mak Lisa dan suami, malah rakan Lisa yang dalam industri dan bukan dalam industri juga turut ditemubual. Secara jujur, Lisa pun tak dapat tengok lagi apa yang mereka cakap dan semestinya Lisa teruja serta berdebar untuk mengetahui perkara tersebut,” tuturnya lagi.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih rapat lagi mengenai duta ‘Oral B’ ini, jangan ketinggalan untuk menonton program 'E! News Asia Special : Lisa Surihani' yang bakal ditayangkan selama 30 minit pada 30 Mac ini, jam 10 malam di Astro Channel 712. - Sumber


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ