Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Apa Yang Telah Kita Belajar Daripada Kehilangan Pesawat Ini?

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini


KUALA LUMPUR - 24/3/2014: Lebih dua minggu telah berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Semua telahpun membaca laporan media, menyaksikan bagaimana pemimpin-pemimpin negara menangani krisis antarabangsa ini, dan pada satu tahap, belajar tentang industri penerbangan.


Walaupun operasi mencari masih berterusan untuk pesawat itu, ia sedikit sebanyak telah mendedahkan beberapa fakta menarik tentang situasi ini:

"Pesawat boleh hilang"

Agak sukar untuk difikirkan tetapi bagaimana sebuah pesawat Boeing 777-200 yang mempunyai dimensi 63.7 meter panjang dan sayap 60.9 meter panjang boleh secara tiba-tiba hilang?

Dengan kawasan carian yang dilaporkan lebih daripada kira-kira 7.68 juta km persegi (kira-kira saiz Australia) dan 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), ditambah pula dengan pengumuman maklumat ketenteraan yang lambat, ia telah mewujudkan ketegangan diplomatik.

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini


Waktu terus berdetik, dan kemungkinan untuk menemui pesawat dan penumpang serta anak kapal semakin berkurangan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini akan mengambil masa yang lama dan Malaysia akan menyelesaikan krisis ini.

16 hari telah berlalu, pasukan SAR mempunyai hanya 14 hari lagi untuk mencari kotak hitam sebelum ia berhenti menghantar isyarat.

Pada 20 Mac, Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan maklumat 'baru dan berwibawa' di mana imej satelit merakam gambar sebuah objek 24 meter yang berkemungkinan milik MH370 yang terapung di bahagian selatan Lautan Hindi.

Satelit Worldview -2 milik DigitalGlobe yang berpangkalan di Amerika Syarikat menemui objek berkenaan 2,500 km barat daya Perth, Australia. Ia diikuti dengan misi pencarian besar-besaran di kawasan itu.

Pada hari Sabtu, Satelit Cina mengesan objek baharu berukuran 22 meter panjang dan 13 meter lebar di berhampiran koridor Selatan.

"Penyatuan aset"

Sungguh mengagumkan bagaimana kapal terbang yang hilang telah menyatukan semua pengetahuan dan aset ketenteraan dari seluruh dunia, khususnya China.

Misi pencarian MH370 mendedahkan bahawa kuasa besar telah menggunakan 21 satelit untuk mencari pesawat berkenaan.

China mungkin mempunyai bilangan satelit terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, dimana ia memiliki 50 peratus daripada 1071 satelit yang beroperasi di orbit.

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini

Dengan gabungan lima satelit MEASAT Malaysia dan lapan satelit Australia di angkasa, misi pencarian diteruskan.

"Penipuan pasport lebih mudah"

Dua penumpang yang ditemui telah menaiki MH370 menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri.

Sehingga Mac 2014, INTERPOL berkata bahawa lebih daripada 40 juta dokumen perjalanan (pasport, visa , dokumen pengenalan) telah dilaporkan hilang atau dicuri oleh 167 negara.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung INTERPOL Ronald K. Noble berkata 40% daripada pasport di seluruh dunia tidak diperiksa dengan pangkalan data INTERPOL.

"Ini adalah keadaan yang kita berharap tidak akan lalui. Untuk beberapa tahun INTERPOL telah bertanya mengapa negara perlu menunggu untuk satu tragedi bagi meletakkan langkah-langkah keselamatan yang berhemat di sempadan dan pintu keluar di lapangan terbang.

"Jika Malaysia Airlines dan semua syarikat penerbangan di seluruh dunia menyemak butiran pasport penumpang dengan pangkalan data INTERPOL, maka kita tidak akan membuat spekulasi sama ada pasport dicuri digunakan oleh pengganas untuk menaiki MH370," kata Noble dalam satu kenyataan.

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini


Persoalannya, adakah pasport dicuri berkaitan dengan kehilangan pesawat? Kita hanya boleh menjawab soalan ini jikalau kotak hitam pesawat itu ditemui.

"Mencari pesawat yang tidak mahu dijumpai"

Kita hidup di dalam dunia di mana teknologi dapat mengesan lokasi seseorang, apa yang mereka suka, apa yang mereka makan dan apa yang mereka beli. Agak sukar untuk kita tidak dapat mengesan kapal terbang!

Tetapi dalam kes ini, kita tahu bahawa pemancar elektronik penerbangan ini telah ditutup sekaligus menghentikan segala komunikasi dengan seluruh dunia.

Ia pasti sukar untuk mencari sesebuah pesawat yang tidak mahu ditemui.

Dengan radar dan teknologi satelit, pesawat dan kapal yang dihantar ke bahagian selatan Lautan Hindi masih perlu bergantung kepada mata kasar untuk mengesan pesawat itu.

"Pengurusan krisis"

Boleh dikatakan, pengurusan maklumat daripada lebih 20 buah negara termasuk maklumat rahsia ketenteraan sememangnya menyukarkan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia memerlukan usaha yang sangat teliti tetapi kelebihan Malaysia ialah ia mempunyai hubungan baik dengan kesemua negara-negara yang terlibat.

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini

Hubungan ini tidak akan memberikan apa-apa halangan untuk kerjasama diteruskan, seperti yang dinyatakan oleh pejabat Perdana Menteri.

Bekas komander tentera Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menegaskan bahawa tiga atau empat hari pertama dalam mana-mana krisis "banyak masa digunakan untuk mempelajari situasi ini. Jika ini berlaku kepada mana-mana negara lain, kira-kira 80 % daripada mereka akan mempunyai masalah yang sama."

Mengambil kemalangan Air France pada tahun 2009 - di mana Airbus 330-300 hilang di tengah laut sebagai contoh - pihak berkuasa mengambil masa kira-kira 6 jam untuk mengesahkan kehilangannya - dan beberapa hari untuk mengesan pesawat yang telah hilang. Ia mengambil masa 2 tahun untuk mencari kotak hitam bagi mengetahu punca misteri kehilangan penerbangan itu.

Kehilangan MH370, seperti Air France, adalah satu krisis penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang mengendalikan SAR di bahagian selatan Lautan Hindi, kita mempunyai maklumat tulus tentang misi berkenaan yang diterbitkan di laman web mereka.

"Teori konspirasi"

Setiap manusia pastinya inginkan penjelasan terutamanya seperti krisis MH370 yang sukar untuk dijelaskan.

Disebabkan kekurangan maklumat, ramai yang mempunyai teori-teori masing-masing seperti teori rampasan sehingga yang pelik seperti rampasan makhluk asing.

Berikut adalah beberapa yang teori lain:

1. Rampasan melalui telefon bimbit

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini


Tuntutan itu adalah bahawa telefon bimbit digunakan untuk mengodam sistem pesawat dan "menukar kelajuan, ketinggian dan arah dengan menghantar isyarat radio kepada sistem pengurusan penerbangan. Ia kemudiannya boleh mendarat atau mebuat pesawat terhempas dengan kawalan jauh."

Ini adalah salah satu penjelasan yang lebih munasabah kerana MH370 adalah salah satu 'pesawat pintar' pertama yang boleh dikawal oleh isyarat elektronik.

2. Teknologi baharu

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini

Kami telah mendengar laporan bahawa MH370 mempunyai 20 pekerja daripada firma Freescale Semiconductor dari Texas dan pesawat itu digunakan untuk menguji sistem "cloaking technology" dimana objek-objek teknologi tidak dapat dikesan.

Ini menyebabkan pesawat hilang dari radar dan hampir mustahil untuk melihat dengan mata kasar.
Dua teori berpunca dari 'penjelasan' ini: Orang China mendapat tahu tentang teknologi dan mengalihkan pesawat itu untuk mendapatkannya, atau Amerika Syarikat menyedari China mungkin dapat memegang teknologi ini dan menembak kapal terbang itu.

3. Pesawat bersembunyi

Teori lain adalah pesawat berkenaan dirampas dan pesawat itu mendarat di lapangan terbang terpencil, tersembunyi dari dunia. Ia bakal digunakan dalam serangan pengganas akan datang.

Adalah sukar untuk menolak apa-apa. Pihak kerajaan tidak semestinya terbuka untuk berkongsi semua maklumat, terutama sekali tentang keupayaan radar ketenteraan mereka.

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini


Semua akan didedahkan bila kotak hitam itu berjaya ditemui.

4. Dimensi lain

Ini memang menarik. Bagaimana jika lohong hitam (atau 'black hole') menyebabkan kehilangan MH370?

Sebelum penemuan sebuah 'objek ' di Lautan Hindi, pembaca berita CNN Don Lemon bertanya kepada tetamu jemputannya jika lohong hitam itu mungkin menyedut pesawat tersebut dan ia kini dalam dimensi lain.

"Lohong hitam kecil akan menyedut seluruh alam semesta, jadi kita tahu ia tidak berlaku ," jawab Mary Schiavo , bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

5. Makhluk asing

Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini

Kehilangan misteri? Tiada penjelasan yang logik? Mesti makhluk asing!

Sesetengah orang mendakwa bahawa UFO dikesan pada radar sebelum kehilangan pesawat itu.

Alexandra Bruce, dari Forbidden Knowledge TV, menggunakan laman web peta penerbangan Flightradar untuk memberi contoh tentang penglibatan makhluk asing dalam kehilangan MH370.

Memetik video oleh "wartawan rakyat" yang merupakan pengguna Youtube dikenali sebagai DAHBOO7, Bruce mendakwa bacaan radar dalam klip berkenaan "hanya boleh dipanggil sebagai UFO."

Ini hanyalah sebahagian daripada apa yang telah dipelajari daripada krisis Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Jadi, apa pula yang telah anda pelajari daripada krisis ini? - awani




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ