MH370: Sehari Kemudian Setelah Diumumkan Berakhir Di Lautan Hindi
Tugas harian bermula
Sehari selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Malaysia Airlines berakhir di lautan Hindi, kehidupan harus diteruskan bagi pramugari-pramugari Malaysia Airlines ini. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Berikan yang terbaik
Meskipun keadaan sedih menyelubungi keluarga besar MAS,kakitangannya meneruskan perkhidmatan seperti biasa menmastikan hanya yang terbaik buat penumpang. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sokongan padu kepada MAS
Di sebalik kejadian tragis ini, penumpang tempatan dan antarabangsa terus memberikan sokongan padu kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Tetap profesional
Kakitangan Malaysia Airlines terus berikan yang terbaik walaupun sedih setelah 12 rakan setugas mereka hilang dalam pesawat MH370. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sidang media MAS
Media tempatan dan antarabangsa bergegas ke KLIA untuk sidang media khas Malaysia Airlines. Sehari selepas pengumuman Perdana Menteri tentang lokasi terakhir MH370, banyak lagi soalan yang perlu dijawab -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pertama kali menghadapi media
"Ini adalah berita yang sedih dan tragis bagi kita semua di Malaysia Airlines," kata Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) Tan Sri Md Nor Yusof ketika sidang media yang diadakan di KLIA. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Menguris jiwa
CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya mulakan ucapan dengan kata-kata menguris jiwa: "Saya berdiri di hadapan anda hari ini bukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, tetapi sebagai seorang bapa, abang, dan anak." -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Letak jawatan?
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Seribu tanda tanya
Pihak media tempatan dan antrabangsa ingin tahu tentang hala tuju syarikat penerbangan MAS setelah pengumuman Perdana Menteri dan misi mencari kotak hitam diteruskan. -Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Tajuk utama
Ketika sidang media MAS diadakan di KLIA, pengunjung dan penumpang lain pula sibuk membaca surat khabar tempatan yang memberi fokus kepada berita tentang MH370. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Mahu maklumat yang lebih
Walaupun media cetak dan elektronik memberi fokus kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang penerbangan pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi, ramai ahli keluarga mahukan bukti dan maklumat yang kukuh. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
0 comments:
Post a Comment